Utusan Borneo (Sarawak)

Sabah berpotensi besar dalam industri automasi

-

KOTA KINABALU: Para pengusaha industri dalam negeri disarankan mengambil peluang untuk bertapak di Taman Perindustr­ian Kota Kinabalu (KKIP).

Menteri Perdaganga­n dan Industri Darell Leiking berkata, Sabah mempunyai potensi yang besar khususnya dalam industri automasi, sekali gus mewujudkan pelbagai peluang perniagaan di kawasan berkenaan.

“Seperti Cut and Bend Sdn Bhd yang sudah menjalanka­n aktiviti automasi dan perniagaan mereka berjalan dengan begitu baik sekali dalam industri ini.

“Apa yang saya pelajari adalah KKIP menyediaka­n kemudahan yang sangat baik walaupun terdapat beberapa perkara yang memerlukan penambahba­ikan,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan kerja ke Kilang Cut and Bend Sdn Bhd di KKIP pada Sabtu.

Bagaimanap­un katanya, perkara yang penting adalah Malaysian Industrial Developmen­t Finance Bhd (MIDF) perlu sentiasa bersedia membantu dalam apa sahaja perkara yang berkaitan.

Darell yang juga Ahli Parlimen Penampang berkata, kementeria­nnya melalui agensi MIDF sudah memberikan bantuan kepada pemain-pemain industri di KKIP.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KKIP Melvin Disimond berkata, bagi tujuan membantu dalam pembanguna­n Sabah, KKIP menyediaka­n tempat untuk memulakan perniagaan di sekitar kawasan berkenaan.

Selain itu katanya, kerjasama kerajaan persekutua­n diharapkan mampu mewujudkan satu suasana yang boleh menggalakk­an pelabur asing datang ke KKIP.

 ??  ?? PERLU DIBAIKI: Jambatan uzur perlu perhatian dan tindakan segera.
PERLU DIBAIKI: Jambatan uzur perlu perhatian dan tindakan segera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia