Utusan Borneo (Sarawak)

14 ATLET TARUHAN BOLING PADANG

Buru pingat pada kempen SUKMA di Kompleks Sukan MBI, Ipoh dari 13 hingga 21 September

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Skuad boling padang Sarawak mempertaru­h seramai 14 atlet untuk memburu pingat pada kempen SUKMA XIX Perak 2018 yang akan diadakan di Kompleks Lawn Bowls, Kompleks s Sukan MBI, Ipoh dari 13 hingga ingga 21 September depan.

Senarai penuh 14 atlet terpilih telah diumumkan oleh Pengurus Pasukan, Abdillah dillah Zain semasa sa kem latihan di Ipoh, Perak baruarubar­u ini.

Atlet lelaki elaki terdiri daripada ipada Mohd Iskandar andar Zulkairnai­n nain Sukardi, Abdul Rahman man Amminududd­in, Mohahamad Amirul irul Hafizi Jaffar, far, Muhammad mad Ramadhan han Jeffy, Mohd. Azhar Samara, mara, Haniz Nur Hakim Mohamad Helmi dan A Awg Mohd Sharszan Fyirman Awg Nasarudd Nasaruddin. Manakala at atlet wanita Nur Fitrah Rosmadi, Sh Syaza Nisrina Mumtaz Wan Jemudin, Jemudin Jamiah Hasbi, Nur F Fitri Rosmadi, Nina H Hairani Nor Mohamad, N Nur Fithri Aisyah Hamdin dan Fatin Izzati Jamri.

Untuk rekod Sarawak menggondol emas dalam acara berempat pada SUKMA 2016 menerusi kuartet Sh Syaza Nisrina Mumtaz Wan Jemudin, Jamiah Hasbi, Nur Fitrah Rosmadi dan Nur Fithri Yaani Hamdin.

Gandingan Nur Fithri Yaani dan Sh Syaza Nisrina juga menyumbang gangsa dalam acara beregu pada SUKMA 2016.

“Saya berharap kuartet wanita kita dapat sekali lagi mempamer kecemerlan­gan untuk mempertaha­nkan pingat emas dalam acara berempat pada SUKMA Perak.

“Pemain lelaki kita juga mempunyai berpotensi un- tuk melakar sesuatu dalam beberapa acara dipertandi­ngkan,” komen Presiden Persatuan Boling Padang Sarawak (SALBA), Awang Mahyan Awang Mohamed semalam.

Beliau juga yakin Ketua Jurulatih, Zuraidi Puteh bersama tiga lagi jurulatih telah bertungkus-lumus membentuk skuad boling padang Sarawak yang mantap untuk menghadapi SUKMA kali ini.

Tiga jurulatih lain ialah Mohd Fairus Abg Deni (Penolong Jurulatih), Saiful Adli Saimi (Jurulatih) dan Syed Iqmaluddin­a Wan Azman (Jurulatih) manakala Hamimah Sejeli bertindak selaku Chepron Perempuan.

Skuadbolin­gpadangSar­awak akan berangkat ke Perak pada 10 September depan.

Acara boling padang menawarkan sembilan pingat emas menerusi lima acara iaitu beregu campuran, perseorang­an (lelaki/wanita), berpasanga­n (lelaki/wanita), bertiga (lelaki/ wanita) dan berempat (lelaki/ wanita).

Saya berharap kuartet wanita kita dapat sekali lagi mempamer kecemerlan­gan untuk mempertaha­nkan pingat emas dalam acara berempat pada SUKMA Perak. Awang Mahyan Awang Mohamed Presiden SALBA

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? BAKAL MEMENCABAR: (Dari kanan) Mohd Iskandar, Haniz Nur Hakim, Mohd Ramadhan, Mohd Azhar, Abdul Rahman, Mohd Amirul, Aw Awg Mohd Sharszan, Nina Hairani, Sh. Syaza, Nur Fitrah, Nur Fitri, Fatin Izzati, Nur Fithri Aisyah dan Jamiah.
BAKAL MEMENCABAR: (Dari kanan) Mohd Iskandar, Haniz Nur Hakim, Mohd Ramadhan, Mohd Azhar, Abdul Rahman, Mohd Amirul, Aw Awg Mohd Sharszan, Nina Hairani, Sh. Syaza, Nur Fitrah, Nur Fitri, Fatin Izzati, Nur Fithri Aisyah dan Jamiah.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia