Utusan Borneo (Sarawak)

LIMA WARGA ASING ROMPAK KAPAL TANGKI DI PERAIRAN BINTULU DITANGKAP

-

BINTULU: Kesemua hasil rompakan bernilai RM19,800 berjaya ditemui semula oleh Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) pada 17 Ogos dalam Ops Cantas yang dijalankan pasukan berkenaan dengan kerjasama dari Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pengarah Maritim Zon Bintulu Shahref Mac Queen Abdullah dalam kenyataan media semalam mengesahka­n, kelima-lima suspek warga asing berumur 34 hingga 46 tahun ditahan atas kesalahan merompak sebuah kapal tangki di kawasan 11 batu nautika ke barat Tanjung Kidurong pada 4 Ogos lalu.

“Difahamkan semasa kejadian kapal yang bergerak dari Bintulu menuju ke Miri itu dikejar sebuah bot laju yang dinaiki kelimalima suspek,” ujarnya.

Dalam pada itu katanya, perompak melarikan seutas rantai emas, lima unit telefon bimbit dan wang tunai bernilai RM19,800, yang mana kesemua hasil rampasan berjaya ditemui semula.

Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan, mereka bakal berhadapan hukuman penjara hingga 20 tahun berserta sebatan.

Pada masa sama, beliau menasihatk­an orang ramai terutama yang bergiat aktif dalam kegiatan ekonomi sekitar perairan negara agar sentiasa mengutamak­an aspek keselamata­n serta melaporkan dengan segera sekiranya terlihat sebarang kegiatan jenayah di situ.

“Saya berharap agar orang ramai terutama nelayan tempatan atau kapal persendiri­an agar segera menghubung­i atau memaklumka­n kedudukan mereka dari semasa ke semasa sebagai langkah keselamata­n dan membolehka­n bantuan disalurkan segera sekiranya berlaku sebarang kes kecemasan, “ujarnya lagi.

 ??  ?? DICEKUP: Kesemua warga asing yang diberkas tersebut.
DICEKUP: Kesemua warga asing yang diberkas tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia