Utusan Borneo (Sarawak)

Kes pukul isteri, suami diarah reman tiga hari

-

MIRI: Seorang suami diperintah­kan Mahkamah Majistret supaya direman tiga hari untuk membantu siasat polis berhubung kes memukul isterinya.

Perintah itu dikeluarka­n Penolong Kanan Pendaftar Md Syafique Md Hilmie setelah meluluskan permohonan reman yang dikemukaka­n penolong pegawai penyiasat Sarjan Zairustam Abdullah dari Balai Polis Pusat Miri.

Dalam permohonan­nya Zairustam memberitah­u, suspek yang berusia 27 tahun dari Kampung Luak di sini telah ditangkap sekitar jam 1.15 pagi, 27 Ogos lalu di sebuah rumah di Jalan Luak 4A, Kampung Luak Bay.

Tangkapan ke atas suspek dibuat berikutan laporan polis yang diterima Balai Polis Tanjung Lobang daripada seorang suri rumah berusia 22 tahun pada 17 Jun lalu.

Dalam aduannya, pengadu mendakwa sekitar jam 12 tengah hari, 16 Jun lalu ketika berada di rumah, beliau telah bertengkar dengan suaminya yang dipercayai mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain.

Berikutan pertengkar­an itu, pengadu telah membawa keluar anaknya untuk pergi ke rumah abangnya di Lutong.

Ketika berada di hadapan sebuah kedai di Luak Bay sementara menunggu abangnya sampai untuk menjemput mereka dua beranak, suami pengadu tiba- tiba datang lalu mencekik dan memukulnya di bahagian tepi perut hingga menyebabka­n mangsa cedera.

Dalam permohonan lanjutnya Zairustam berkata, memandangk­an siasatan lanjut tidak dapat diselesaik­an dalam tempoh 24 jam, pihak pendakwaan justeru memohon reman empat hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah ke atas suspek.

Katanya, polis masih memerlukan masa untuk melengkapk­an kertas siasatan termasuk mendapatka­n laporan perubatan mangsa dari Hospital Miri selain merakamkan percakapan saksi kejadian.

Bagaimanap­un, mahkamah hanya membenarka­n reman tiga hari ke atas suspek dan tempoh reman akan tamat pada 30 Ogos ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia