Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih banyak rondaan cegah jenayah perlu dilakukan

-

MIRI: Lebih banyak rondaan cegah jenayah perlu dilakukan di kawasan perumahan dalam bandar terutama ketika penghuni keluar bekerja.

Penduduk Vista Perdana Jalan Desa Bahagia Anna Tupah turut menjadi mangsa jenayah apabila dua basikal milik anaknya dilarikan pencuri.

Menurutnya, kejadian hanya disedari semasa pulang dari klinik bersama anaknya kira- kira jam 2 petang kelmarin.

“Sebaik sahaja sampai ke rumah, saya mendapati dua basikal milik anak saya lesap dilarikan pencuri meskipun dikunci dalam kawasan rumah,” katanya semalam.

Sehubungan itu, Anna mahu pihak polis termasuk unit rondaan Jawatankua­sa Penduduk (JKP) kerap melakukan rondaan di kawasan perumahan.

“Rondaan pada siang hari juga amat penting bagi memastikan kawasan peru- mahan lebih selamat dan bebas daripada kes pecah rumah,” jelasnya.

Sementara itu, Utusan Borneo juga diberitahu beberapa kedai di kawasan berkenaan pernah dipecah masuk pencuri.

Antaranya kedai menjual bateri, kedai serbaneka serta pusat tuisyen yang turut dipecah masuk pencuri beberapa bulan lalu.

Pengadu berkata, sekiranya sindiket pecah rumah ini masih berkeliara­n, maka keselamata­n rumah dan kedai di kawasan berkenaan masih ditahap rendah.

Justeru kerjasama penduduk termasuk jiran sebelah amat penting dalam melaporkan sebarang kejadian jenayah di tempat mereka.

“Kami mahu kawasan perumahan yang aman dan bebas kejadian jenayah, sebab itu penting jika polis kerap melakukan rondaan di sini,” kata pengadu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia