Utusan Borneo (Sarawak)

Dua sahabat berdepan dakwaan miliki dadah

-

MIRI: Dua sahabat dihadapkan ke Mahkamah Majistret semalam atas tuduhan memiliki dadah berbahaya jenis Methamphet­amine.

Kong Chap Keong, 27, dari Bandar Baru Permyjaya dan Ong Kah Ting, 37, dari Jalan Limbang, Marudi masing-masing didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 (Akta 234) dan dihukum di bawah Seksyen 12 (3) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda hingga RM100,000 atau penjara hingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Berdasarka­n pertuduhan sementara, kedua-dua tertuduh yang tidak diberi kuasa di bawah ADB 1952, didapati memiliki dadah berbahaya jenis Methamphet­amine seberat 1.21 gram (berat kasar).

Methamphet­amine merupakan item yang terkandung dalam Bahagian III Jadual Pertama ADB 1952.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 1.30 petang, 23 Ogos lalu di sebuah rumah di Lorong 4 Bandar Baru Permyjaya di sini.

Tiada pengakuan salah kedua-dua tertuduh direkodkan.

Terdahulu, pegawai pendakwa ASP Mary Ong memohon ditetapkan tarikh baharu untuk sebutan lanjut kes memandangk­an laporan kimia berhubung barang kes masih belum siap.

Penolong Kanan Pendaftar Md Syafique Md Hilmie membenarka­n permohonan itu dan menetapkan 28 September depan untuk pengurusan kes.

Sementara itu, kedua-dua tertuduh diperintah­kan supaya dibebas dengan jaminan masing-masing RM2,800 berserta dua penjamin tempatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia