Utusan Borneo (Sarawak)

SCCCI ajak usahawan muda perkembang­kan EIH di Sibu

Hab akan memberi peluang kepada golongan muda membina dan memajukan lagi bidang keusahawan­an mereka

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Cina Sibu (SCCCI) mengajak usahawan muda untuk bersama memperkemb­angkan Hab Inovasi Keusahawan­an (EIH) di Sibu, sekali gus menyumbang kepada ekonomi Sarawak.

Presiden SCCCI Dr Hii Sui Cheng berkata, ia memberi peluang kepada generasi muda membina dan memajukan bidang keusahawan­an mereka.

“Dengan hab ini, ia dijangka mampu membangunk­an pelbagai industri, pertaninan serta kreativiti mereka sekali gus sebagai e-dagang dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

“Maka itu kami mengajak generasi muda atau usahawan muda untuk mengemukak­an cadangan mereka, bagaimana mereka mahu menjalanka­n perniagaan di hab ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa menerima cek peruntukan RM1 juta bagi penubuhan

Dengan hab ini, ia dijangka mampu membangunk­an pelbagai industri, pertaninan serta kreativiti mereka sekali gus sebagai e-dagang dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Dr Hii Sui Cheng Presiden SCCCI

hab berkenaan daripada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di pejabat di kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Sebelum ini kerajaan Sarawak telah berjanji untuk memperuntu­kkan RM1 juta bagi fasa pertama kerja-kerja pengubahsu­aian EIH.

Hii berkata, kerja pengubahsu­aian EIH berkenaan dijangka siap dalam tempoh tiga bulan bertempat di tingkat empat premis SCCCI sendiri di Jalan Chamber, Sibu.

Tambah beliau, hab dijangka mampu melahirkan 20 hingga 30 usahawan dalam industri selain menyumbang kepada ekonomi negeri.

“Mereka juga akan belajar cara-cara memulakan perniagaan dan kita akan menyediaka­n kemudahan di mana mereka boleh mendaftark­an diri

“EIH juga bagi menyediaka­n peluang perniagaan kepada perusahan kecil dan sederhana di sini dari pelbagai tempat,” katanya.

EIH itu dikenali sebagai Pusat Inkubator atau pusat perkongsia­n perniagaan.

 ??  ?? BANTUAN: Tiong (kiri) menerima replika cek bernilai RM1 juta daripada Abang Johari bagi tujuan pembinaan blok bangunan baharu SJKC Kiew Nang.
BANTUAN: Tiong (kiri) menerima replika cek bernilai RM1 juta daripada Abang Johari bagi tujuan pembinaan blok bangunan baharu SJKC Kiew Nang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia