Utusan Borneo (Sarawak)

Blok baharu SJKC Kiew Nang dijangka siap dalam tempoh dua tahun

-

KUCHING: Pembinaan blok bangunan baharu Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kiew Nang di Sibu dijangka siap sepenuhnya dalam masa dua tahun.

Pengerusi Lembaga Pengurusan SJKC Kiew Nang, Tiong Hock Kieng berkata, projek berkenaan yang kini masih dalam proses kerja-kerja tanah melibatkan dua blok dengan empat tingkat.

“Dua blok baharu berkenaan masing-masing terdiri daripada empat tingkat dengan 32 bilik termasuk kelas dan kegunaan lain.

“Pembinaan ini menelas kos lebih RM5 juta kerana ia melibatkan infrastruk­tur lain seperti padang sukan, pagar dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri penyerahan cek bernilai RM1 juta daripada kerajaan negeri yang disempurna­kan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di pejabatnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Tambahnya, dua blok baharu berkenaan adalah terdiri daripada 18 hingga 24 bilik kelas, sementara selebihnya adalah untuk bilik komputer, perpus- takaan dan sebagainya.

Sehingga kini kata Tiong, sekolah berkenaan mempunyai kira-kira 400 murid dengan hanya 13 kelas sahaja.

Beliau berkata dengan populasi yang semakin meningkat dan pertumbuha­n pesat estet perumahan, sekolah itu dijangka menerima lebih ramai murid.

Katanya, pembinaan dua blok berkenaan adalah fasa pertama projek kerana lembaga pengurusan menyasarka­n untuk menambah satu lagi blok atau secara keseluruha­n tiga blok.

“Keseluruha­n projek adalah tiga blok dengan 48 bilik kelas... namun lembaga memutuskan untuk membahagik­an ia kepada dua fasa.

“Fasa pertama adalah dua blok sementara satu lagi blok bagi fasa kedua mungkin dalam masa lima tahun akan datang,” katanya.

Beliau menjelaska­n, ini kerana lembaga menyedari agak sukar untuk mendapatka­n dana.

Pada majlis pecah tanah di SJKC Kiew Nang di Sibu pada Mei lepas, Abang Johari mengumumka­n peruntukan RM1 juta bagi pembinaan blok bangunan baharu berkenaan.

 ??  ?? DANA: Hii (tiga kiri) bersama ahli SCCCI lain menerima replika cek bernilai RM1 juta daripada Abang Johari di Kuching, semalam.
DANA: Hii (tiga kiri) bersama ahli SCCCI lain menerima replika cek bernilai RM1 juta daripada Abang Johari di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia