Utusan Borneo (Sarawak)

Yuran konsultasi diyakini tidak meningkat ketara: Dr Voon

-

KUCHING: Yuran konsultasi tidak akan meningkat dengan ketara meskipun caj pengamal am bakal dinaikkan antara RM35 dan RM125 tahun hadapan.

Keyakinan itu dinyatakan Pengerusi Persatuan Diabetes Malaysia (PDM) Cawangan Sarawak yang juga pengamal am, Dr William Voon Yu Huat.

Menurutnya, sudah menjadi trend pengamal am di negeri ini khasnya untuk memastikan yuran konsultasi dikenakan serendah mungkin dan berpatutan.

“Saya tidak fikir yuran konsultasi akan meningkat dengan ketara. Kita pengamal atau doktor am sudah bertahun-tahun memastikan yuran ini serendah mungkin supaya ia berpatutan kepada pesakit kita.

“Trend ini akan diteruskan bagaimanap­un kos ubat-ubatan sentiasa naik, ada yang agak tidak munasabah,” katanya kepada Utusan Borneo menerusi temu bual telefon semalam.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai semakan semula caj pengamal perubatan dari antara RM10 dan RM35 ketika ini kepada RM35 dan RM125 yang dijangka menyebabka­n yuran konsultasi lebih mahal.

Menurut Dr Voon, untuk memastikan yuran konsultasi dikenakan berpatutan, pengamal am tiada pilihan kecuali mengelak daripada menggunaka­n ubat-ubatan yang mahal jika tidak perlu.

“Perkara paling penting ialah pesakit kita masih menerima rawatan terbaik pada kadar paling berpatutua­n tanpa menjejaska­n keselamata­n dan kesejahter­aan mereka,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Voon berkata, yuran doktor yang dikenakan ke atas pesakit adalah untuk konsultasi bersama ubat-ubatan dan kenaikan kos ubat menyebabka­n yuran dikenakan meningkat.

Tambahnya, yuran konsultasi yang dikenakan oleh doktor di hospital swasta jauh lebih tinggi berbanding yuran dikenakan oleh pengamal am.

“Kita bukannya bercakap mengenai yuran ditetapkan hospital swasta, ia jauh lebih tinggi berbanding yuran dikenakan pengamal am di klinik-klinik swasta,” katanya.

Kelmarin BERNAMA melaporkan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Datuk Dr Azman Abu Bakar berkata semakan Caj Pengamal Am itu memang sudah tiba masanya kerana kali terakhir dilaksanak­an pada 2006.

Dr Azman berkata kenaikan itu dipersetuj­ui pada ‘Sesi Town Hall: Konsultasi Pihak Berkepenti­ngan Bagi Cadangan Semakan Caj Pengamal Am’ yang berlangsun­g di Kementeria­n Kesihatan di Putrajaya, kelmarin.

“Lagi rumit penyakit dihidapi seseorang itu, lebih tinggi caj konsultasi akan dikenakan. Harga siling bagi caj konsultasi adalah RM125,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia