Utusan Borneo (Sarawak)

Banyak sumber tenaga boleh diperbahar­ui masih belum diterokai sepenuhnya: KM

- Oleh Ambrose Rirang

BINTULU: Sarawak akan membangunk­an teknologi biomass atau biojisim berikutan kewujudan banyak sumber tenaga boleh diperbahar­ui termasuk hutan yang masih belum diterokai sepenuhnya, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

“Kita melihat industri biomass berpotensi dibangunka­n di negeri ini, melihat akan stok sumber sedia ada yang kita miliki, sekali gus berupaya menjana pendapatan serta pertumbuha­n ekonomi negeri jika dimanfaatk­an sepenuhnya,” jelas beliau.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Makan Malam Gala 2018 sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-25 Shell di salah sebuah hotel terkemuka di sini, malam kelmarin.

Buat masa sekarang katanya, Sarawak berhasrat untuk mempelbaga­ikan ekonomi menerusi bioekonomi, dengan menjadikan industri biomass sebagai sebahagian industri masa hadapan yang membantu menjana pendapatan negeri.

“Sekarang merupakan masa yang sesuai bagi kita meneroka serta memajukan industri biomass memandangk­an sumber sedia ada yang

Kita melihat industri biomass berpotensi dibangunka­n di negeri ini, melihat akan stok sumber sedia ada yang kita miliki, sekali gus berupaya menjana pendapatan serta pertumbuha­n ekonomi negeri jika dimanfaatk­an sepenuhnya. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

cukup banyak kita miliki pada masa sekarang bagi menjana pendapatan tambahan serta peluang pekerjaan buat anak jati negeri ini,” ujarnya.

Apa yang penting ialah, pembanguna­n industri bio- mass di negeri ini berupaya menjadi yang terbaik di negeri ini serta membuka peluang buat Sarawak menerajui industri biomass di negara ini dan menjadikan­nya sebagai hab industri biomass Asia pada masa hadapan.

Terdahulu, Abang Johari turut menyaksika­n acara menandatan­gani perjanjian persefaham­an (MOU) antara Shell MDS Malaysia dan Kolej Vokasional Bintulu, bagi melanjutka­n pelaksanaa­n Projek Latihan Industri Kimpalan (LINK).

Projek LINK yang dilaksanak­an setakat ini telah berjaya menghasilk­an sekitar 100 pelatih yang memiliki sijil kimpalan dan bekerja di pelbagai syarikat perindustr­ian dalam dan luar negara.

Turut hadir, Ahli Parlimen Bintulu Dato’ Seri Tiong King Sing, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju Majang Renggi dan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu Rodziah Morshidi.

 ??  ?? SIMBOLIK: Abang Johari (empat kanan) bersama-sama tetamu kehormat yang lain memotong pulut kuning sebagai tanda perasmian Majlis Makan Malam Gala sempena Ulang Tahun Ke-25 Shell MDS Malaysia, malam kelmarin.
SIMBOLIK: Abang Johari (empat kanan) bersama-sama tetamu kehormat yang lain memotong pulut kuning sebagai tanda perasmian Majlis Makan Malam Gala sempena Ulang Tahun Ke-25 Shell MDS Malaysia, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia