Utusan Borneo (Sarawak)

Penurunan harga gula tidak menjurus kepada penurunan harga makanan, minuman di restoran

-

MIRI: Langkah kerajaan menurunkan harga gula sebanyak 10 sen bagi setiap kilogram (kg) berkuat kuasa 1 September ini tidak membawa pengertian bagi kebanyakan pengusaha makanan dan minuman di sini.

Peniaga Noraini Abdul Rahman berpendapa­t, penurunan 10 sen bagi setiap kilo gula tidak membawa apa apa kesan kepada peniaga kecil.

Beliau berkata, ini kerana mereka hanya penjual bersaiz kecil yang mana penggunaan gula juga kecil.

Noraini yang terlibat dalam perniagaan makanan kecilkecil­an berkata, justeru harga jualan makanannya tidak berubah.

“Secara peribadi penurunan itu tidak membawa apa- apa impak, manakala bagi penjual atau pengguna dalam saiz besar mungkin ia akan memberi sedikit kesan apabila jualan mencapai tahap yang banyak,” katanya.

Kelmarin, Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, langkah berkenaan diambil selaras situasi harga gula mentah di pasaran dunia yang semakin menurun.

Ketika ini setiap kg gula pasir kasar berharga RM2.95 dan RM3.05 bagi gula pasir halus.

Berkuat kuasa 1 September ini, harga diturunkan sebanyak 10 sen sekali gus dapat meringanka­n beban yang ditanggung rakyat yang menggunaka­nnya hampir setiap hari.

Ibu dan usahawan Eryanti Norudin berkata, penurunan harga gula tidak akan mempengaru­hi peningkata­n kes diabetes.

Katanya, ia bergantung dengan disiplin sendiri kerana selama ini kes diabetes masih dalam peratusan tinggi meskipun harga gula sebelum ini tinggi.

“Diharapkan penurunan harga gula dapat mengurangk­an kesan berangkai ke atas harga makanan dan minuman di pasaran.

“Saya berharap selepas ini makanan dan minuman di restoran turun,” katanya.

Peniaga minuman Hamran Saji berkata, penurunan harga gula 10 sen tidak membawa kesan kerana harga bahanbahan yang lain seperti cawan, penyedut minuman dan plastik naik.

Beliau yang berniaga air berkata, justeru harga minuman tetap kekal seperti sebelum penurunan harga gula.

Pengguna Karambir Singh menyifatka­n tindakan menurunkan harga gula namun pada masa yang sama mengenakan cukai untuk minuman soda adalah sesuatu yang pelik.

“Jika kita membuat perbanding­an dengan rokok, cukai yang dikenakan tidak menghalang orang ramai daripada merokok.

“Sama seperti minuman soda, ia tidak akan menghalang orang ramai mengambil minuman soda,” ujarnya.

Sebaliknya tegas Karambir, sekiranya benar-benar mahu menjaga kesihatan rakyat, kerajaan wajar melarang terus pengambila­n minuman soda dan rokok di negara ini. KUCHING: Cadangan untuk meningkatk­an kadar yuran konsultasi doktor di klinik swasta berikutan kenaikan caj pengamal am perlu diteliti sebelum dilaksanak­an.

Ini kerana ramai berpendapa­t kenaikan yuran konsultasi itu juga dikatakan agak drastik dengan mengambil kira rakyat ketika ini dibebani kos sara hidup yang tinggi.

Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, kerajaan persekutua­n mesti sensitif dengan kesukaran dihadapi rakyat ketika ini.

“Rakyat sudah berdepan kenaikan harga beberapa barangan keperluan, yang jelas membebanka­n khususnya kumpulan berpendapa­tan rendah,” kata Menteri Utiliti dan Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Kemena itu.

Pandangan sama dikemukaka­n Setiausaha Agung Parti Rakyat Bersatu (UPP) George Lo yang menambah, caj minimum seharusnya dikekalkan pada RM10 seperti ketika ini bagi memberi fleksibili­ti kepada doktor mengenakan yuran lebih rendah bagi keskes yang wajar.

Tambahnya yuran maksimum boleh dinaikkan tetapi tidak sehingga RM125 kerana kadar itu lebih tinggi berbanding caj dikenakan doktor pakar ketika ini.

“Caj maksimum yang lebih munasabah ialah dalam lingkungan RM60 iaitu di bawah piawaian caj doktor pakar,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Pemuda Parti Tindakan Demokratik ( DAP) yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii berpendapa­t Kementeria­n Kesihatan seharusnya mengkaji semula cadangan itu dengan teliti.

Ini kerana menurutnya, sebarang perubahan yuran harus adil, tidak hanya melihat kepentinga­n industri tetapi juga kepentinga­n rakyat.

“Memang saya memahami keperluan untuk melakukan semakan caj konsultasi ini kerana kali terakhir dilakukan pada 2006, tetapi ia mesti dilakukan berdasarka­n keperluan semasa juga situasi rakyat ketika ini,” katanya.

Tambahnya, beberapa perkara perlu diberi pertimbang­an terutamany­a kemungkina­n kenaikan kos penjagaan kesihatan khususnya kes-kes kecil dan ia mungkin menyebabka­n lebih ramai orang mendapatka­n perkhidmat­an di klinik kerajaan termasuk Jabatan Kecemasan hospital-hospital.

Situasi itu katanya boleh menyebabka­n kesesakan luar biasa sehingga menjejaska­n kualiti perkhidmat­an dan pesakit terpaksa menunggu lebih lama.

“Menurut pemahaman saya, cadangan semakan ini hanya akan dikemukaka­n kepada Kementeria­n Kesihatan, oleh itu saya sekali lagi menggesa kajian semula yang betul perlu dibuat.

“Ia tidak boleh dilakukan secara terburu-buru kerana ia melibatkan kepentinga­n rakyat,” katanya.

Isnin lepas, BERNAMA melaporkan yuran konsultasi dijangka lebih mahal dicaj oleh doktor di klinik swasta tidak lama lagi berikutan caj pengamal am antara RM10 dan RM35 akan dinaikkan kepada antara RM35 dan RM125.

Kenaikan itu dipersetuj­ui pada ‘Sesi Town Hall: Konsultasi Pihak Berkepenti­ngan Bagi Cadangan Semakan Caj Pengamal Am’ yang berlangsun­g di Kementeria­n Kesihatan Putrajaya Isnin lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr Azman Abu Bakar yang menjadi moderator pada sesi itu memberitah­u pemberita , semakan caj itu memang sudah tiba masanya berikutan kali terakhir dilaksanak­an pada 2006.

“Lagi rumit penyakit dihidapi seseorang itu, lebih tinggi caj konsultasi akan dikenakan. Harga siling bagi caj konsultasi adalah RM125,” katanya.

 ??  ?? NORAINI
NORAINI
 ??  ?? ERYANTI
ERYANTI
 ??  ?? HAMRAN
HAMRAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia