Utusan Borneo (Sarawak)

Kementeria­n bantu Plaza Aurora jadi pusat sehenti pelanconga­n di Kuching

-

KUCHING: Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan ( KPKKBS) akan membantu memastikan Plaza Aurora menjadi pusat sehenti pelanconga­n di bandar raya ini.

Menterinya Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, dengan terdapatny­a pejabat Lembaga Pelanconga­n Sarawak (STB), Biro Konvensyen Sarawak (SBC) dan Grab di bawah satu bumbung, Plaza Aurora mampu menjadi pusat sehenti pelanconga­n di Sarawak pada masa akan datang.

“Saya percaya ini adalah tempat yang sesuai untuk STB dan SCB kerana mereka perlu bekerja sama rapat dalam mempromosi­kan pelanconga­n dan menyediaka­n fasiliti-fasiliti diperlukan untuk merancakka­n lagi industri.

“Kementeria­n akan memberi sokongan dan bantuan untuk menjadikan Plaza Aurora yang dahulunya Kuching Plaza sebagai pusat sehenti pelanconga­n di sini pada masa sama berharap pemain-pemain industri turut membuka pejabat mereka di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian pejabat baharu STB di Tingkat 4, Plaza Aurora, Jalan McDougall di sini semalam.

“Saya berharap dengan premis baharu ini STB akan terus komited dan cemerlang mempromosi­kan sektor pelanconga­n Sarawak.

“Taniah juga, atas kerja keras ini, STB akhirnya mempunyai ruang pejabat yang lebih ‘vibrant’ dan benar-benar menggambar­kan kepelbagai­an warna, budaya dan etnik di Sarawak,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) STB, Mary Wan Mering dalam ucapan aluannya berkata pejabat baharu itu mempunyai konsep terbuka dan reka bentuk kontempora­ri moden bagi memudahkan kerja- kerja serta memaksimum­kan kecekapan stafnya.

Tambahnya, konsep terbuka itu juga membolehka­n staf STB dan pemain-pemain industri mengadakan perbin- cangan secara santai.

“Kita berpindah ke Plaza Aurora selepas beroperasi selama 16 tahun di Bangunan Yayasan Sarawak di Jalan Masjid.

“Sebelum itu kita membuka seketika pejabat di Wisma Satok.

“Kita percaya Plaza Aurora, lokasi terbaik dan mudah diakses oleh pemain industri, pihak berkepenti­ngan, paling penting pelancong,” katanya.

Hadir sama Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin, Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan, Setiausaja Tetap kementeria­n Hii Chang Kee dan Pengerusi STB Datuk Abdul Wahab Aziz.

 ??  ?? SIMBOLIK: Karim menurunkan tanda tangan pada plak sempena perasmian pejabat baharu STB. Turut kelihatan (dari kanan) Abdul Wahab, Snowdan, Lim dan Hii.
SIMBOLIK: Karim menurunkan tanda tangan pada plak sempena perasmian pejabat baharu STB. Turut kelihatan (dari kanan) Abdul Wahab, Snowdan, Lim dan Hii.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia