Utusan Borneo (Sarawak)

Anjuran See Hua Marketing, 118 gerai jualan akan promosi produk dan perkhidmat­an sepanjang tempoh empat hari

- Oleh Eric Edward

MIRI: See Hua Marketing Sdn Bhd (SHM) dengan kerjasama Bintang Megamall akan menganjurk­an Pesta Usahawan Miri (MITRAF 18) edisi kelapan belas mulai esok, 30 Ogos, di mana sejumlah 118 gerai jualan termasuk di pekarangan kompleks beli-belah akan mempromosi­kan produk dan perkhidmat­an mereka sepanjang tempoh empat hari.

Ini termasuk barangan elektronik dan elektrik, produk dapur, penambahba­ikan rumah, keselamata­n dan pemantauan, pembanguna­n hartanah, makanan dan minuman, teknologi maklumat, produk kecantikan, telekomuni­kasi, pendidikan, pelanconga­n dan percutian, kraftangan, mainan kanakkanak, fesyen dan aksesori, optometri, audio dan aksesori kereta, pakaian, produk penjagaan kesihatan dan banyak lagi.

Selain itu, sepanjang tempoh empat hari terdapat pesta makanan di pekarangan pusat beli-belah di mana sejumlah 32 gerai akan menyajikan pelbagai makanan tempatan dan makanan serta makanan yang berasal dari negara-ne- gara seperti China, Thailand, Jepun dan Korea.

Pada waktu malam, pameran makanan ini akan mengubah kawasan menjadi pasar malam di mana pelawat boleh membeli dan menikmati pelbagai jenis makanan yang dijual di situ.

Di samping itu, para pelanggan dan pembaca The Borneo Post, Utusan Borneo dan See Hua Daily News berpeluang mendapatka­n hadiah percuma dalam program Manfaat Pelanggan dan Pembaca yang akan bermula pada 11 pagi sepanjang tempoh MITRAF 18 ini.

Sebanyak 100 botol (2kg) minyak masak Merris Blended Oil yang ditaja Sarawak Oil Palms Berhad (SOPB) serta produk kopi Indocafe dan baucar mainan yang ditaja Bintang Megamall Megalanes Bowling Centre akan diedarkan.

Untuk menerima hadiah ini, para pelanggan mestilah mengemukak­an resit langganan tiga bulan terkini Jun hingga Ogos atau resit tahunan di kaunter See Hua.

Para pelanggan yang membuat pembelian minimum RM50 di gerai-gerai yang mengambil bahagian juga berpeluang membeli pelbagai barang yang dijual di kaunter See Hua Marketing Sdn Bhd pada harga promosi.

Para pelajar Sekolah Menengah Riam Road Secondary School akan menganjurk­an pameran yang menampilka­n haiwan reptilia eksotik dan haiwan lain mulai jam 10 pagi sepanjang pesta usahawan empat hari ini.

Esok, sebagai pembuka tirai, tarian dan senaman kesihatan akan bermula pada jam 10 pagi diikuti dengan persembaha­n nyanyian oleh Pusat Perkhidmat­an Warga Emas Miri.

Kemudian pada jam 7.15 malam, para pengunjung akan dihiburkan dengan konsert ‘Rock Paradise.’

Untuk merayakan Hari Kebangsaan negara kita pada hari Jumaat, 31 Ogos, pertanding­an pakaian kanakkanak Hari Kebangsaan akan memikat pengunjung pada pukul 10 pagi.

Majlis pembukaan rasmi MITRAF 18 akan disempurka­n Datuk Bandar Miri Adam Yii pada jam 12.30 tengah hari.

Acara seterusnya ialah demonstras­i lukisan oleh pelukis tempatan Michael Chong pada jam 2 petang, diikuti persembaha­n nyanyian dan tarian oleh T Home Music Production Studio pada jam 5 petang.

Konsert mini Hari Kebangsaan menemui pengunjung pada jam 6.30 petang, diikuti persembaha­n tarian moden dari 7.40 malam hingga 9.40 malam.

Pada hari Sabtu, 1 September, Ria Education Team akan menganjurk­an pelbagai acara dari pukul 10 pagi hingga 5 petang.

Bertemakan ‘ Sayangi Malaysiaku’, ini termasuk pertanding­an mewarna kanak-kanak, pertanding­an reka bentuk belon udara panas bersama ibu bapa dan kanakkanak dan pertunjuka­n pakaian Cheongsan anjuran Sayap Wanita Hua Zong Miri pada jam 6 petang.

Pada hari Ahad, Persatuan Wu Clan akan menganjurk­an jualan amal yang bermula dari dari jam 10 pagi hingga 2 petang.

Satu pertanding­an pakaian kitar semula kanak- kanak sempena Hari Kebangsaan anjuran Sayap Wanita Persatuan Kung Siong Miri dijadualka­n pada jam 12.30 tempah hari diikuti dengan persembaha­n nyanyian ‘KPop Showdown’ mulai 2.40 petang hingga 3.40 petang.

Kemuncak malam ialah persembaha­n nyanyian ‘Xiao Dou Ya’ diikuti oleh cabutan bertuah MITRAF 18 yang dijadualka­n bermula pada jam 8.30 malam.

Cabutan bertuah ini terbuka kepada para pengunjung yang membelanja­kan minimum RM300 untuk bayaran tempahan kenderaan bermotor atau hartanah atau RM100 di gerai-gerai yang mengambil bahagian, walaupun dengan pelbagai resit.

Mereka hanya perlu mendaftar di kaunter perkhidmat­an See Hua untuk menyertai cabutan bertuah ini.

Sejumlah 58 hadiah-hadiah menanti para pemenang, antaranya, hadiah utama satu unit penyedut asap dapur tajaan oleh United Fusion dan hadiah-hadiah lain termasuk penghawa dingin, peti sejuk, peralatan dapur dan hamper.

MITRAF 18 kali ini menarik penyertaan sejumlah 110 peserta dari Semenanjun­g, negara Brunei Darussalam, Kuching, Bekenu dan Miri.

Ia mendapat sokongan Majlis Bandaraya Miri dan dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam, dan masuk adalah percuma.

 ??  ?? PROGAM AMAL: Tan Kai (duduk depan, tengah) bersama Thomas (duduk depan, lima kanan), wakil badan kebajikan dan para pelajar SMK Lodge bergambar selepas majlis penyerahan sumbangan ‘Jom Charity’ di SMK Lodge, semalam.
PROGAM AMAL: Tan Kai (duduk depan, tengah) bersama Thomas (duduk depan, lima kanan), wakil badan kebajikan dan para pelajar SMK Lodge bergambar selepas majlis penyerahan sumbangan ‘Jom Charity’ di SMK Lodge, semalam.
 ??  ?? SERTAI KAMI: Pengerusi bersama MITRAF 18 Jocelin Kuan (tiga kanan) menyampaik­an surat jemputan kepada Adam sambil disaksikan ahli jawatankua­sa penganjur.
SERTAI KAMI: Pengerusi bersama MITRAF 18 Jocelin Kuan (tiga kanan) menyampaik­an surat jemputan kepada Adam sambil disaksikan ahli jawatankua­sa penganjur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia