Utusan Borneo (Sarawak)

SEB sampaikan hadiah kepada para pemenang pertanding­an SCIENCE

-

KUCHING: Sarawak Energy Berhad (SEB) menyampaik­an hadiah kepada para pemenang Pertanding­an dan Pameran Komuniti Jurutera dan Pereka Cipta Sarawak (SCIENCE), semalam.

Penyampaia­n hadiah disempurna­kan oleh Naib Presiden Kajian dan Pembanguna­n SEB Dr Chen Shiun ditemani Naib Presiden Hidro SEB Polycarp Wong, Pengurus Besar Komunikasi Korporat SEB Peing Tajang, Pengasas The Learning Curve (TLC) Kenneth Chai dan Ketua Pegawai Eksekutif ( CEO) Hab Ekonomi Digital Aaron Chew.

Ia merupakan program anjuran pihak TLC yang ditaja pihak SEB serta disokong sepenuhnya oleh kerajaan negeri, Hab Ekonomi Digital dan CityONE Megamall.

Bertemakan Tenaga Boleh Diperbarui dan Mampan, SCIENCE bertujuan menggalakk­an minat terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM).

Program tersebut juga inisiatif pihaknya dalam menyokong dan menggalakk­an revolusi idea inovatif di negeri ini.

SMK Arang Road muncul johan dan meraih Piala Robot selepas mengalahka­n 11 pasukan lain dengan ciptaan ‘Soccerbot’ yang telah diubah suai menerusi koordinasi dan pergerakan strategik.

Tempat kedua dimenangi SMK Kuching High, manakala Sekolah Menengah Chung Hua No. 3, ketiga.

Hadiah juga diberikan kepada pasukan untuk projek sains terbaik.

Untuk kategori menengah rendah, tempat pertama digondol oleh SMK St Teresa untuk projek ‘Magic Light,’ diikuti SMK St Thomas untuk ‘Eco Compressor’ dan ketiga SMK St Teresa untuk ‘The Magic Box.’

Bagi kategori menengah atas, tempat pertama jatuh kepada SMK Kuching High untuk projek ‘Sunflower,’ diikuti oleh SMK Datuk Patinggi Haji Abdul Gapor untuk ‘Reminder Container Reminder’ di tempat kedua dan SMK Kuching High untuk ‘Aquaponics,’ ketiga.

“Ciptaan hanya boleh direka dengan minda kreatif dan ingin tahu, digabungka­n dengan hasil kerja keras dan disiplin.

“Melalui ‘SCIENCE SEB,’ kami berharap dapat memainkan peranan penting dalam memajukan pendidikan Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik di kalangan pelajar sekolah menengah di Sarawak,” katanya menerusi kenyataan akhbar semalam.

 ??  ?? SYABAS: Dr Chen (berdiri kanan), Kenneth (kiri) dan Aaron (dua kiri) bergambar bersama dengan pasukan SMK Arang Road yang menjulang Piala Robot pada pertanding­an tersebut.
SYABAS: Dr Chen (berdiri kanan), Kenneth (kiri) dan Aaron (dua kiri) bergambar bersama dengan pasukan SMK Arang Road yang menjulang Piala Robot pada pertanding­an tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia