Utusan Borneo (Sarawak)

SMK Lodge serahkan sumbangan RM55,000 kepada 15 badan amal

-

KUCHING: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lodge di sini menyerahka­n sumbangan berjumlah RM55,000 kepada 15 badan amal di negeri ini, semalam.

Sumbangan tersebut adalah hasil daripada kutipan aktiviti ‘Jom Charity’ yang dijalankan oleh para pelajarnya pada tahun ini.

Pengarah Kumpulan Sekolah Lodge, Thomas Huo berkata, beliau amat bangga dengan komitmen yang diberikan oleh para pelajar dalam menjalanka­n kutipan dana terebut demi membantu golongan yang memerlukan.

“Pembelajar­an kami bukan hanya di dalam bilik kelas, tetapi turut menitikber­atkan sikap beramal dalam diri pelajar kami,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan sumbangan ‘Jom Charity’ yang disempurna­kan oleh Setiausaha Politik Ketua Menteri Tan Kai bagi mewakili Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian di SMK Lodge, semalam.

Sementara itu, Tan Kai berkata usaha yang dijalankan oleh pelajar SMK Lodge itu wajar diteruskan demi melahirkan generasi yang prihatin pada masa depan.

“Terdapat ramai orang yang memerlukan dalam masyarakat kita dan kerajaan juga telah banyak membantu mereka tetapi ia masih memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak,” katanya.

Badan- badan amal yang menerima sumbangan tersebut adalah Pertubuhan Ibu Bapa Kanak-Kanak Keperluan Istimewa (PIBAKAT), Persatuan Kebajikan Harapan (Hope Place), Persatuan Autistik Kuching dan Persatuan Orang Buta Sarawak.

Selain itu ialah Persatuan Kanak-KanakKanse­rSarawak, Kumpulan Sokongan Kanser Payudara Sarawak, Pertubuhan Kebajikan Sinar Murni Kuching, Persatuan Pencegahan Penganiaya­an Terhadap Haiwan Sarawak dan Save Our Strays (SOS Kuching).

Ia termasuk Persatuan Disleksia Sarawak, Salvation Army, Salvation Army Boys Home, Persatuan Reben Hijau, Rumah Cheshire Sarawak dan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (cawangan Sarawak).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia