Utusan Borneo (Sarawak)

40 kakitangan Maxis sertai inisiatif ‘Maxis Green-Up’ di Hutan Simpan Raja Musa

-

KUCHING: Seramai 40 kakitangan Maxis Berhad (Maxis) menyertai inisiatif ‘ Maxis Green-Up’ di Hutan Simpan Raja Musa, Selangor barubaru ini untuk menanam 200 pokok bagi mengurangk­an jejak karbon dunia.

Menurut kenyataan akhbarnya semalam, aktiviti menanam pokok tersebut dianjurkan dalam usaha membantu pemulihan tanah gambut yang telah rosak.

Sukarelawa­n Maxis juga mempelajar­i tentang pentingnya pemulihan hutan tersebut serta teknik yang betul untuk menanam anak pokok.

Ketua Sumber Manusia Maxis Adzhar Ibrahim turut mengambil bahagian dalam acara tersebut.

“Kakitangan Maxis amat berdedikas­i terhadap kerja mereka, dan turut mempunyai dedikasi yang sama terhadap usaha-usaha tanggungja­wab sosial.

“Melalui M Squad, program sukarelawa­n dalaman Maxis, kami memberi peluang kepada semua kakitangan untuk mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti dan inisiatif yang bermakna, dan berkhidmat kepada masyarakat.

“Kami bangga melihat mereka mengambil bahagian dalam acara penanaman pokok ini dan memaparkan semangat ‘Green-Up’ masing-masing,” katanya.

Tambah beliau, ‘ Maxis Green-Up’ adalah inisiatif yang bertujuan untuk menggalakk­an amalan hijau di kalangan kakitangan.

Antara aktiviti ‘ Maxis Green- Up’ yang diperkenal­kan pada tahun ini termasuk ikrar untuk tidak menggunaka­n straw plastik, pengumpula­n e- sisa dan bengkel ‘upcycling,’ di mana kakitangan diajar bagaimana untuk menukar bahan buangan menjadi barang buatan sendiri yang menarik.

 ??  ?? AKTIVITI MURNI: Kakitangan Maxis merakamkan kenangan pada program tersebut.
AKTIVITI MURNI: Kakitangan Maxis merakamkan kenangan pada program tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia