Utusan Borneo (Sarawak)

MBM beri jaminan tiada kenaikan cukai pintu

-

MIRI: Majlis Bandaraya Miri ( MBM) memberi jaminan tidak akan menaikkan kadar cukai pintu ekoran pelaksanaa­n Cukai Jualan dan Perkhidmat­an ( SST) oleh kerajaan di peringkat pusat, bermula 1 September ini.

Jaminan tersebut dinyatakan sendiri Timbalan Datuk Bandar Miri Julaihi Mohamad di sini, selepas menghadiri majlis pengumuman hadiahhadi­ah cabutan bertuah untuk pembayar cukai pintu yang dipamerkan Pusat Transforma­si Bandar (UTC) di sini, semalam. “Kita memberi jaminan tidak ada kenaikan pada kadar cukai (pintu) di sini, walaupun selepas pelaksanaa­n SST oleh kerajaan di peringkat pusat,” katanya kepada pemberita di sini.

Dalam perkembang­an berkaitan Julaihi berkata, MBM menyasarka­n kira-kira 50 peratus daripada kadar cukai tertunggak akan diselesaik­an selewat-lewatnya penghujung September depan hasil promosi terbaharu menerusi program ‘Cabutan Bertuah untuk Pembayar Cukai Pintu 2018’.

Menurut Julaihi, pada masa ini terdapat kira-kira RM14 juta cukai pintu perlu dibayar penduduk di bandar raya ini.

“Tahun lepas, kami menerima pembayaran sebanyak RM5 juta daripada jumlah tunggakan yang mencecah RM13 juta dan kami berharap lebih banyak pembayar cukai akan menyelesai­kan pembayaran mereka pada tahun ini.

“Sudah tentu sejak pengumuman cabutan bertuah baru-baru ini, kita perhatikan ada kenaikan dalam pembayaran secara beransuran­sur yang mulai diselesaik­an bulan ini,” katanya lagi.

Mengenai kadar cukai semasa Julaihi mendedahka­n, MBM menjangkak­an kirakira 95 peratus daripada jumlah RM48 juta akan dijelaskan pada bulan depan.

“Sehingga tahun ini, MBM mempunyai anggaran pendapatan RM70 juta dan kirakira 70 peratus daripadany­a daripada cukai pintu yang berjumlah RM48 juta.

“Adalah penting untuk kita menyedarka­n orang ramai mengenai keperluan dan kewajiban mereka untuk membayar cukai pintu ini, kerana hasil itu kelak akan digunakan oleh pihak majlis untuk menjalanka­n penyelengg­araan dan projek pembanguna­n yang diperlukan rakyat Miri,” tambah beliau.

Sementara itu, Cabutan Bertuah untuk Pembayar Cukai Pintu 2018 terbuka kepada semua pemilik hartanah di Miri dan pemenang akan dipilih secara digital oleh MBM pada Oktober tahun ini berdasarka­n rekod hartanah masing-masing.

Semalam Julaihi disertai para kaunselor MBM secara rasmi melancarka­n sejumlah 79 hadiah yang ditawarkan untuk cabutan bertuah di UTC Miri.

Hadiah yang ditawarkan terdiri daripada tiga motosikal sebagai hadiah utama, 10 basikal, tiga telefon bimbit, tiga peti televisyen, tiga set pendingin hawa, dua mesin basuh dan 55 jenis peralatan rumah.

 ??  ?? REBUT PELUANG: Julaihi (lapan kiri) bersama-sama kaunselor MBM menunjukka­n lebih 70 hadiah menarik yang menunggu pembayar cukai pintu yang bertuah dan dipamerkan di UTC Miri, semalam.
REBUT PELUANG: Julaihi (lapan kiri) bersama-sama kaunselor MBM menunjukka­n lebih 70 hadiah menarik yang menunggu pembayar cukai pintu yang bertuah dan dipamerkan di UTC Miri, semalam.
 ??  ?? PRIHATIN: Ahli jawatankua­sa Kelab Lions Bintulu menyerahka­n barang sumbangan berupa barang keperluan harian kepada mangsa kebakaran Rumah Senggalang Tatau.
PRIHATIN: Ahli jawatankua­sa Kelab Lions Bintulu menyerahka­n barang sumbangan berupa barang keperluan harian kepada mangsa kebakaran Rumah Senggalang Tatau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia