Utusan Borneo (Sarawak)

Penyertaan untuk KJA terakhir diterima 7 September depan

-

SIBU: Tarikh tutup penyertaan Anugerah Kewartawan­an Kenyalang (KJA) ialah pada 7 September ini.

Presiden Persekutua­n Persatuan Wartawan Sarawak (FSJA) 2018 Jane Moh menasihati wartawan media cetak dan penyiaran di Sarawak menghantar borang penyertaan mereka secepat mungkin kepada pihak persatuan di kawasan masing-masing.

Persatuan tersebut terdiri daripada Persatuan Wartawan Bahagian Kuching ( KDJA), FSJA Sibu dan Persatuan Wartawan Sarawak Utara (NSJA).

Wartawan di bahagian Kuching boleh menghantar borang penyertaan kepada alamat Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (Perhatian: Jacqueline David) atau menghubung­i Jacqueline di talian 016- 8546251 untuk maklumat lanjut dan pengumpula­n penyertaan.

Bagi Miri, Persatuan Wartawan Sarawak Utara adalah persatuann­ya di mana penyertaan mereka hendaklah dialamatka­n ke Lot 804 Blok 4, MCLD Jalan Cattleya 3, Piasau Industrial Estate, 98000 Miri, Sarawak atau menghubung­i Andy Jong di talian 014- 5902562 untuk maklumat lanjut.

Manakala di Sibu, Persatuan Wartawan Sarawak Sibu terletak di Wisma See Hua 40, Jalan Tuanku Osman, 96000 Sibu, Sarawak (Perhatian: Jane Moh, Yek Choo Eng & Chia Shu Kiong) atau menghubung­i Jane pada 016- 8822980, Yek ( 0128896361) atau Chia di talian 016-8630160 untuk maklumat lanjut.

Semua artikel yang diterbitka­n pada 2017 layak bersaing dan KJA tahun ini diadakan di Hotel RH, Sibu pada 30 November depan.

Bagi Anugerah Kewartawan­an Ekonomi Digital, artikel yang diterbitka­n mulai 1 September, 2017 hingga 30 Jun, 2018 layak bersaing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia