Utusan Borneo (Sarawak)

Lions Bintulu santuni mangsa kebakaran Rh Senggalang

-

MIRI: Orang ramai terutama golongan berpendapa­tan rendah dipelawa menyertai kursus asas jahitan yang diadakan hari ini dan esok.

Jurucakap penganjur berkata, keutamaan diberikan kepada golongan miskin berusia 18 tahun ke atas, beragama Islam dan masih belum bekerja.

Kursus anjuran Muti- ara Technology Centre itu adalah percuma dan dikelolaka­n tenaga pengajar dari Kolej Komuniti Miri.

Kursus akan bermula dari 8 pagi hingga 5 petang manakala yuran kursus ditanggung sepenuhnya pihak yang bekerjasam­a mengelolak­an kursus.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 013-5703352 atau 019-8945441. BINTULU: Kelab Lions Bintulu telah menyampaik­an sumbangan kepada mangsa kebakaran Rumah Senggalang di Sungai Selitut, kirakira lima kilometer dari pekan Tatau di sini, pagi semalam.

Sumbangan yang disampaika­n itu berupa barang keperluan harian, beras serta barang masakan untuk 84 penghuni yang terjejas setelah 11 pintu rumah panjang terb- abit musnah dalam kebakaran jam 4 pagi Ahad lepas.

Penyampaia­n sumbangan itu turut disertai pengerusi zon Esther Pang dan pengerusi daerah Raymond Wong, Presiden Kelab Lions Bintulu Kemena Sean Lai, setiausaha kelab Kueh Jia Liang dan Presiden Kelab Lions Bintulu Host Joseph Lee, Presiden Kelab Liong Bintulu Mandarin Ting Meng Hock, Dato Yii Hieng Wuong dan Presiden Kelab Lions Bintulu Kidurong Ting Jin Sim dan setiausaha kelab Celine Chong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia