Utusan Borneo (Sarawak)

UCA saran pejabat SIRIM dibuka di kawasan tengah

-

SIBU: Gabungan Persatuan Cina Bahagian Sibu (UCA) telah mengemukaa­n resolusi agar sebuah pejabat Institut Piawaian dan Penyelidik­an Perindustr­ian Malaysia (SIRIM) dibuka di kawasan tengah.

Presidenny­a Ngieng Ping Sing berkata, ini kerana tiada pejabat SIRIM di kawasan tengah Sarawak yang mempunyai populasi seramai 260,000 orang, tidak termasuk penduduk dari Sarikei, Kanowit, Kapit dan Bintangor.

“Ketiadaan pejabat SIRIM di kawasan tengah ini menyukarka­n ahli perniagaan di sini untuk memperbaha­rui sijil atau mendaftar sijil SIRIM yang berkaitan.

“Pejabat SIRIM yang terdekat terletak di Kuching.

“Oleh itu kita memohon kepada kementeria­n berkenaan untuk membuka sebuah pejabat SIRIM di kawasan tengah bagi memudahkan golongan perniagaan dan mengurangk­an kos,” ujarnya.

Resolusi itu salah satu cadangan yang dikemukaka­n UCA ketika mengadakan kunjungan terhadap Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar Yeo Bee Yin, barubaru ini.

Dalam pada itu, UCA juga memohon kepada kementeria­n terbabit agar mengarahka­n pegawai alam sekitar untuk membuat pemeriksaa­n dan pengawasan terhadap ativiti penggunaan racun dan rawatan air kumbahan di ladang kelapa sawit serta kilang penapisan minyak kelapa sawit.

Menurut Ngieng, sejumlah kawasan tanah yang luas di Sarawak telah diubah menjadi ladang kelapa sawit, yang dikhuatiri menyumbang kepada bahaya pencemaran alam sekitar.

“Pada masa sama, terdapat banyak kilang penapisan minyak kelapa sawit didirikan di dalam kawasan ladang.

“Kita amat bimbang dengan penggunaan racun ketika proses penanaman kelapa sawit ini dilakukan.

“Kita juga bimbang dengan kurangnya pemantauan terhadap air kumbahan dari kilang penapisan ini,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia