Utusan Borneo (Sarawak)

Pantau kes kemalangan disiar di media massa babit individu yang mencarum dengan pertubuhan itu

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Pertubuhan Keselamata­n Sosial ( PERKESO) Limbang melancarka­n Skuad Perkeso Prihatin bagi memantau kes kemalangan yang disiarkan dimediamas­samembabit­kan individu yang mencarum dengan pertubuhan itu.

Pengarah PERKESO Negeri Sarawak Phillip Sangkan berkata, sejak ditubuhkan pada 2015 di peringkat kebangsaan, semua pegawai di negeri dan daerah akan memantau apa juga kemalangan yang disiarkan di media cetak dan elektronik yang membabitka­n pencarum.

Menurutnya, kes-kes kemalangan yang dipaparkan dalam media massa itu akan disemak dan sekiranya berkaitan, pegawai PERKESO akan berhubung dengan pihak berkuasa seperti polis, bomba, forensik, majikan pekerja dan lain-lain untuk mendapatka­n

Phillip Sangkan Pengarah PERKESO Negeri Sarawak

maklumat peribadi mangsa.

“Skuad PERKESO Prihatin Limbang dianggotai enam kakitangan akan memberikan perkhidmat­an turun padang mencari individu yang mencarum dengan PERKESO dan terlibat dalam apa-apa kemalangan.

“Skuad ini memberikan perkhidmat­an sejajar dengan temanya melangkaui jangkaan pelanggan,” katanya ketika pelancaran skuad itu di sini, semalam.

Turut hadir ialah Pengurus Pejabat PERKESO Limbang Nancy Goliong.

Beliau berkata, banyak kawasan sudah dijelajahi t e r m a s u k M e d a m i t , Pandaruan sehingga ke Merapok, Lawas.

“Sebelum ini PERKESO hanya menunggu maklum balas daripada orang yang berinsuran­s atau waris mereka untuk membuat tuntutan tetapi dengan adanya Skuad PERKESO Prihatin, kami turun padang tanpa menunggu tuntutan sampai ke pejabat.

“Selain media, PERKESO juga menjalin kerjasama dengan pemimpin setempat bagi memudahkan tuntutan mereka yang layak dibuat dan tidak terlepas pandang,” katanya lagi.

Sementara itu Nancy ber- kata, sebanyak 20 kes berjaya diselesaik­an di bawah Skuad PERKESO Prihatin sejak 2016 hingga Julai tahun ini.

“Daripada jumlah itu, sembilan kes layak di bawah faedah PERKESO,” katanya lagi.

Pada majlis itu, Philip turut menyerahka­n cek faedah pencen ilat kepada seorang pencarum semalam.

 ??  ?? LANCAR: Philip (empat kiri) bersama Nancy (tiga kiri) melancarka­n laman Facebook Skuad PERKESO Prihatin Limbang, semalam.
LANCAR: Philip (empat kiri) bersama Nancy (tiga kiri) melancarka­n laman Facebook Skuad PERKESO Prihatin Limbang, semalam.
 ??  ?? MERIAH: Setiap malam pentas utama Karnival Ambang Merdeka Sibu Jaya dibanjiri orang ramai bagi menyaksika­n pelbagai acara dan hiburan yang diadakan.
MERIAH: Setiap malam pentas utama Karnival Ambang Merdeka Sibu Jaya dibanjiri orang ramai bagi menyaksika­n pelbagai acara dan hiburan yang diadakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia