Utusan Borneo (Sarawak)

Media lawat loji GTL Shell MDS

-

BINTULU: Para media mendapat pengalaman yang amat berguna dan maklumat secara langsung berkaitan produk- produk yang dikeluarka­n di loji Shell MDS apabila diberi peluang oleh Shell Middle Distillate Synthesis ( Shell MDS) Malaysia melawat loji pemprosesa­n gas ke cecair (GTL) di bahagian loji pemejal dan pembungkus­an lilin di pusat industri syarikat itu di Tanjung Kidurong petang kelmarin.

Sesi lawatan ke loji Shell MDS itu adalah sempena ulang tahun ke-25 penubuhan Shell MDS (Malaysia) di Bintulu dan lawatan itu bukan sahaja khusus untuk pihak media di Bintulu, bahkan untuk media yang berpangkal­an di Kuching.

Sebelum lawatan itu, media diberi taklimat ringkas mengenai keselamata­n oleh pengurusan bahagian keselamata­n diikuti taklimat operasi loji Shell MDS untuk pemprosesa­n GTL serta perkembang­ansyarikat­ituoleh Pengurus Besar Hubungan Luar Shell Malaysia Nimmi Kamal, Pengurus Kanan Kejurutera­an Jerry Kulai dan Pengurus Kesihatan, Keselamata­n, Kawalan dan Alam Sekitar (HSSE) Garnet Balangalib­un.

Seterusnya sesi lawatan ke loji pemprosesa­n lilin dan beberapa produk lainnya serta sesi perkongsia­n pengalaman kerja daripada lima kakitangan Shell MDS terdiri daripada Penolong Jurutera Peralatan Marcellinu­s Sia, Pengurus Pengeluara­n Kecemerlan­gan dan Sokongan Ong Eng Leong, Pengawal Loji, Gas dan Utiliti Nasis Ajol,Juru Teknologis Patrissa Hamson, Pemegang Kontrak dan Pengawal Kos PTA 2019 Syahmizan Mahli.

Selain itu, Pengarah Urusan Shell MDS Omar Sheikh dan Pengurus Besar Shell MDS, Tom Wong turut berkongsi maklumat mengenai perkembang­an berkaitan syarikat terbabit.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Para media serta pengurusan kanan Shell MDS merakam gambar kenangan sebelum sesi lawatan ke loji pemprosesa­n dan pembungkus­an lilin serta makmal produk GTL di Shell MDS kelmarin.
UNTUK ALBUM: Para media serta pengurusan kanan Shell MDS merakam gambar kenangan sebelum sesi lawatan ke loji pemprosesa­n dan pembungkus­an lilin serta makmal produk GTL di Shell MDS kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia