Utusan Borneo (Sarawak)

Karnival Ambang Merdeka meriahkan Sibu Jaya

-

SIBU: Karnival Ambang Merdeka yang sedang berlangsun­g menambahka­n lagi kemeriahan Sibu Jaya yang kini mengalami perkembang­an pesat.

Penganjura­n karnival tersebut menambah aktiviti hiburan di Sibu Jaya, sekali gus memberi keseronoka­n kepada penduduk setempat termasuk kepada pelawat dari luar kawasan itu.

Magdeline Nesha yang merupakan salah seorang peserta Ratu Cantik Fun 5 Sibu Jaya berkata, beliau menyertai karnival itu kerana tertarik dengan lima elemen yang digunakan untuk mewakili kewujudan bersama dan perpaduan harmoni.

“Pada mulanya, kami fikir ia hanya satu acara dengan lima perkara menyeronok­kan untuk dilakukan.

“Tetapi sebagai naratif kepada acara itu, saya menemukan makna yang lebih mendalam di sebalik lima elemen itu dan apa yang mereka maksudkan,” katanya.

“Kita saling memerlukan seperti lima elemen logam, kayu, air, api dan tanah yang dipelihara dan diperkayak­an satu sama lain.

“Secara ringkas, kita mesti faham bahawa kita semua saling berkaitan antara satu sama lain dalam banyak perkara,” katanya.

Kurang seminggu lagi acara kemuncak yang dinantinan­tikan iaitu pentas akhir Ratu Cantik Fun 5 Sibu Jaya dan Pesta Api pada 30 Ogos.

Manakala pada 31 Ogos, Pesta Air dan Kempen Derma Darah akan dianjurkan Pusat Aktiviti Rakyat Bersatu pada sebelah pagi.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian dijangka hadir pada jam 4 petang bagi merasmikan pembukaan pemaju induk SibuJaya, galeri jualan baru Distrepark Sdn Bhd, kemudian bersama- sama menanam pokok ke-8,888 di kawasan Sibu Jaya.

 ??  ?? MENAWAN: Magdeline ketika mengambil bahagian dalam pertanding­an Ratu Cantik Fun 5 Sibu Jaya.
MENAWAN: Magdeline ketika mengambil bahagian dalam pertanding­an Ratu Cantik Fun 5 Sibu Jaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia