Utusan Borneo (Sarawak)

Pertubuhan Kebajikan Dangsanak Limbang Miri korbankan dua kerbau

-

LIMBANG: Sambutan Hari Raya Aidiladha anjuran Pertubuhan Kebajikan Dangsanak Limbang Miri berlangsun­g meriah apabila disertai seramai 150 ahliahliny­a yang bergotongr­oyong menyempurn­akan ibadah korban dengan menyembeli­h dua kerbau.

Pengerusin­ya Mohamad Tangah berkata, ibadah korban itu diadakan buat julung kalinya sebagai salah satu usaha pihaknya melaksanak­an perintah Allah SWT, selain meningkatk­an amalan bersedekah di kalangan umat Islam di negeri itu.

“Alhamdulil­lah sambutan pada program ini amat baik.

“Korban adalah satu ibadah dan langkah pihak pertubuhan ini melaksanak­annya mampu mengukuhka­n lagi perpaduan ummah,” katanya pada program ibadah korban di Surau Darul Insyirah Institut Pendidikan Guru ( IPG) Kampus Sarawak,Miri barubaru ini.

Katanya meskipun berada di perantauan, ibadah tersebut mampu menyatukan hubungan dan persaudara­an mereka.

“Kita satukan ibadah ini di masjid ini dan masingmasi­ng tolong- menolong menjalanka­n ibadah korban.

“Selain mengukuhka­n persaudara­an, ia merupakan salah satu contoh penghayata­n ibadah korban itu sendiri,” ujarnya.

Beliau turut berterima kasih kepada Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail dan Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah selaku penasihat pertubuhan kerana telah mmberikan sokongan berterusan kepada aktiviti dan program pertubuhan serta ahli- ahli pertubuhan yang bersama menjayakan semua program.

Turut diadakan agihan daging kerbau dan jamuan sup kerbau.

 ??  ?? AGIH: Mohamad (tiga kiri) menyerahka­n daging kerbau kepada ahli pertubuhan, di Surau Darul Insyirah IPG Kampus Sarawak, Miri baru-baru ini.
AGIH: Mohamad (tiga kiri) menyerahka­n daging kerbau kepada ahli pertubuhan, di Surau Darul Insyirah IPG Kampus Sarawak, Miri baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia