Utusan Borneo (Sarawak)

Boleh didenda sehingga RM5 juta atau dipenjara sehingga lima tahun

-

JOHOR BAHRU: Bekas Naib Presiden MIC Tan Sri S. Balakrishn­an semalam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas dua pertuduhan melakukan pengubahan wang haram membabitka­n transaksi pengeluara­n wang berjumlah RM6.012 juta antara 2012 dan 2013.

Bagi pertuduhan pertama, Balakrishn­an, 64, yang mewakili syarikat Sinniyah & Sons Sdn Bhd didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu transaksi pengeluara­n wang berjumlah RM6.012 juta daripada akaun Bank Affin Berhad milik syarikat itu, yang mana jumlah itu merupakan hasil aktiviti haram.

Untuk pertuduhan kedua, dia selaku pengarah syarikat Sinniyah & Sons Sdn Bhd didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu transaksi pengeluara­n berjumlah yang sama menerusi akaun bank yang sama, yang merupakan hasil aktiviti haram.

Kedua- dua kesalahan tersebut didakwa dilakukan di Bank Affin Berhad, Jalan Kebun Teh di sini, antara 12 Jun 2012 dan 5 Sept 2013, menurut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang dibaca bersama Seksyen 87(1) akta sama.

Jika sabit kesalahan, Balakrishn­an yang merupakan Naib Presiden MIC bagi tempoh 2013 hingga 2015 boleh didenda sehingga RM5 juta atau dipenjarak­an sehingga lima tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia, Khazrin Hafiz Khalil manakala tertuduh diwakili peguam, Datuk V. Manukaran dan N.Yuhendra.

Pada prosiding semalam, Hakim Jailani Rahman turut membenarka­n permohonan pihak pendakwaan untuk memindahka­n kes bagi dibicaraka­n di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Ini berikutan tertuduh turut berdepan perbicaraa­n pada 3 September ini mengenai satu kes mengemukak­an tuntutan palsu membabitka­n nilai hampir RM13 juta berhubung Projek Pengindaha­n dan Pembaikan Sungai Melaka, pada 2013. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIBICARAKA­N: S Balakrishn­an (tengah) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas dua pertuduhan melakukan pengubahan wang haram membabitka­n transaksi pengeluara­n wang berjumlah RM6.012 juta antara 2012 dan 2013.
— Gambar Bernama DIBICARAKA­N: S Balakrishn­an (tengah) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas dua pertuduhan melakukan pengubahan wang haram membabitka­n transaksi pengeluara­n wang berjumlah RM6.012 juta antara 2012 dan 2013.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia