Utusan Borneo (Sarawak)

Suami isteri tawar kad pengenalan penduduk tetap dipenjara

-

KUALA LUMPUR: Akibat menawarkan kad pengenalan penduduk tetap Malaysia yang tidak wujud, sepasang suami isteri masing-masing dipenjara 14 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.

Majistret Umzarul An-Nur Umar menjatuhka­n hukuman itu terhadap Samsul Bahri, 47, pemandu bas dan Irna Jamaris, 45, suri rumah warga Indonesia selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan menipu.

Mahkamah turut menjatuhka­n hukuman satu sebatan ke atas Samsul dan memerintah­kan mereka menjalani hukuman 14 bulan penjara bermula tarikh tangkap pada 27 Januari lepas. — Bernama BUTTERWORT­H: Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan mendatangk­an kecederaan terhadap seorang bayi asuhannya, minggu lepas.

Mas Haimi Mohd Zaini, 33, didakwa telah menyebabka­n kecederaan terhadap bayi lelaki berusia 10 bulan itu dengan mencubit dadanya di ruang tamu sebuah rumah di Taman Seri Serdang di sini pada jam 9.30 pagi, 20 Ogos lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Majistret Che Rohana Ismail membenarka­n tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 September ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalik­an Pegawai Pendakwa Nor Aziah Hasan manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Redzuan Mohamed Yusoff.

Media sebelum ini melaporkan pengasuh berkenaan di- dakwa mencubit bayi itu sehingga mendatangk­an lebam di bahagian dada dan perut akibat berang dan tidak tahan apabila bayi tersebut sering menangis. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TIDAK MENGAKU SALAH: Mas Haimi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret semalam atas pertuduhan mendatangk­an kecederaan dengan mencubit bayi asuhannya berusia 10 bulan, pada 20 Ogos lalu.
— Gambar Bernama TIDAK MENGAKU SALAH: Mas Haimi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret semalam atas pertuduhan mendatangk­an kecederaan dengan mencubit bayi asuhannya berusia 10 bulan, pada 20 Ogos lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia