Utusan Borneo (Sarawak)

Pengguna boleh buat tuntutan sivil atau Tribunal Tuntutan Pengguna

-

ALOR GAJAH: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun melecur pada bahagian belakang badan dan punggung dalam kejadian dapur memasak meletup di sebuah rumah di Taman Desa Idaman Dua, Durian Tunggal di sini, 18 Ogos lepas.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.54 petang itu, dapur yang sedang digunakan untuk memasak air menggunaka­n sebuah periuk tiba-tiba meletup sebelum periuk tersebut terjatuh dan air yang sedang mendidih itu melimpah ke lantai, sekali gus terkena badan kanak-kanak malang itu.

Ibu mangsa ketika itu sedang memotong buah-buahan di sebelah dapur tersebut.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt A. Asmadi Abdul Aziz ketika dihubungi, mengesahka­n pihaknya menerima laporan itu dan hasil siasatan mendapati kejadian berkenaan tidak mempunyai sebarang elemen jenayah.

“Kejadian berkenaan diklasifik­asi sebagai kes sivil, pengguna boleh buat tuntutan sivil atau Tribunal Tuntutan Pengguna ke atas pengedar barangan jika dibuktikan ia berpunca daripada alat tersebut,” katanya semalam.

Kelmarin, laporan polis, gambar kanak-kanak melecur dan dapur memasak yang meletup itu tular dalam laman sosial sehingga menimbulka­n kemarahan netizen yang mempertika­ikan tahap keselamata­n serta kualiti produk tempatan memandangk­an peralatan memasak itu baharu sahaja digunakan kira-kira tiga bulan.

Sementara itu, bapa kanakkanak tersebut, Wong Lin Siang, 37, berkata dapur memasak yang dibeli di Johor pada 28 Mei lepas dengan harga RM380 itu masih mempunyai waranti setahun.

Beliau berkata, berikutan kejadian tersebut anak bongsunya daripada dua beradik (yang melecur) itu terpaksa mendapat rawatan di wad kanak-kanak Hospital Pantai Melaka selama lapan hari.

Dalam pada itu, Pengerusi Kerja Raya, Pengangkut­an dan Kemudahan Awam negeri Mohd Sofi Abdul Wahab ketika melawat mangsa di rumah berkata, pihaknya akan menghubung­i pengeluar peralatan memasak itu bagi urusan ganti rugi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Durian Tunggal itu berkata, kejadian tersebut bukan berpunca daripada kecuaian ibu bapa kanak-kanak terbabit, sebaliknya dipercayai disebabkan peralatan memasak itu sendiri, selain difahamkan tidak berlaku sebarang kebocoran gas ketika kejadian. — Bernama

Kejadian berkenaan diklasifik­asi sebagai kes sivil, pengguna boleh buat tuntutan sivil atau Tribunal Tuntutan Pengguna ke atas pengedar barangan jika dibuktikan ia berpunca daripada alat tersebut. ” Supt A. Asmadi Abdul Aziz Ketua Polis Daerah Alor Gajah

 ?? — Gambar Bernama ?? REMAN: Seorang Timbalan Ketua Pengarah Jabatan bergelar ‘Datuk’ dan enam Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya bagi mendapatka­n perintah reman berhubung penyelewen­gan dana Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), di Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama REMAN: Seorang Timbalan Ketua Pengarah Jabatan bergelar ‘Datuk’ dan enam Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya bagi mendapatka­n perintah reman berhubung penyelewen­gan dana Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia