Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki ditawar ‘pelaburan’ minyak, gas rugi lebih RM20,000

-

KUANTAN: Tertarik dengan tawaran pelaburan minyak dan gas menyebabka­n seorang pekerja syarikat pengurusan air kerugian RM23,290 apabila pulangan yang diharapkan tidak seperti yang dijanjikan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa yang berusia 56 tahun mendakwa diajak menyertai pelaburan itu oleh seorang lelaki yang dikenaliny­a pada 22 Januari lepas.

Katanya, lelaki yang dikenali menerusi pelaburan e-dagang itu telah memperk- enalkan mangsa dengan seorang wanita yang kononnya pengurus kepada pelaburan yang mahu disertainy­a.

“Setelah mendengar penerangan mengenai pelaburan itu, mangsa bersetuju memasukkan duit sebanyak RM220 ke dalam akaun yang diberi suspek sebagai bahagian pelaburann­ya.

“Mangsa kemudianny­a menambah jumlah pelaburan dengan melakukan 14 transaksi wang yang akhirnya berjumlah RM23,290,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Mohd Wazir berkata, mangsa bagaimanap­un tidak pernah menerima pulangan pelaburan sebaliknya hanya diberi komisyen RM700, yang didepositk­an ke akaun peribadiny­a.

Tidak berpuas hati, mangsa cuba menghubung­i keduadua suspek, namun gagal dan menyedari diri ditipu mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub kelmarin.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun, sebatan dan dikenakan denda, jika sabit kesalahan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia