Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Kelantan nafi roboh sekatan pembalakan

-

KOTA BHARU: Polis Kelantan menafikan laporan sebuah portal berita yang mendakwa agensi keselamata­n itu yang merobohkan sekatan pembalakan yang dibina oleh masyarakat Orang Asli di tiga kawasan di Gua Musang kelmarin.

Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata polis hanya dikerahkan untuk mengawal keselamata­n sahaja sepanjang kerja-kerja merobohkan sekatan dilakukan di Kampung Depak di Pos Tohoi, Kampung Cawas di Pos Bihai dan Kuala Wok Wok di Pos Pasik.

“Kita sebenarnya mendapat surat permohonan daripada Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) bagi membuat kawalan keselamata­n dalam operasi meroboh di tiga sekatan yang dibuat oleh masyarakat Orang Asli.

“Kesemua kerja meroboh sekatan dijalankan oleh JPNK dan polis tidak membuat kerja meroboh. Kehadiran anggota polis hanyalah bagi mengawal keselamata­n kesemua yang ada di kawasan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksika­n Majlis Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti Kelantan (JPJKK) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, semalam.

Pada majlis berkenaan, ACP Abdul Wahib Musa dari IPK Johor menggantik­an ACP Dr Che Ghazali Che Awang yang bertukar ke Bukit Aman.

Hasanuddin berkata pihaknya masih menempatka­n sebahagian daripada 234 anggota keselamata­n di tiga kawasan tersebut sehingga keselamata­n benarbenar terjamin.

“Setakat ini, tiada sebarang kejadian tidak diingini dilaporkan berlaku,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SERAH TUGAS: Hasanuddin (tengah) menyaksika­n pertukaran dokumen antara Che Ghazali (kiri) kepada Abdul Wahib sempena majlis serah terima tugas jawatan Ketua JPJKK di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan dekat Kota Bharu, semalam.
— Gambar Bernama SERAH TUGAS: Hasanuddin (tengah) menyaksika­n pertukaran dokumen antara Che Ghazali (kiri) kepada Abdul Wahib sempena majlis serah terima tugas jawatan Ketua JPJKK di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan dekat Kota Bharu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia