Utusan Borneo (Sarawak)

Lapan tahanan SOSMA berpenyaki­t kronik di penjara P. Pinang mogok lapar

-

CHUKAI: Seorang Leftenan Komander Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan rasuah dan pengubahan wang haram.

Permohonan reman Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu dibenarkan oleh Hakim Mahkamah Majistret/Sesyen Kemaman Badrul Munir Mohd Hamdy.

Sumber SPRM mengatakan suspek yang bertugas sebagai Pegawai Pemerintah di sebuah kapal itu dipercayai menerima wang rasuah berjumlah antara RM4,000 hingga RM9,000 daripada tauke kapal dari 2016 hingga 2017.

Wang itu yang dimasukkan ke dalam akaun individu lain sebagai balasan bagi melepaskan bot nelayan asing yang ditahan APMM kerana kesalahan menceroboh perairan negara khususnya di perairan Terengganu.

Lelaki tersebut juga disyaki terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram hasil kegiatan rasuah itu.

“Suspek ditahan pada jam 11.20 pagi semalam (kelmarin) di Dewan Majlis Daerah Pasir Putih, Kelantan dan kes disia- sat mengikut Seksyen 17 (A) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFUPUA­A 2001),” katanya. — Bernama GEORGE TOWN: Lapan tahanan Akta Kesalahan Keselamata­n (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang berpenyaki­t kronik di Penjara Pulau Pinang mengadakan mogok lapar sejak jam 8 pagi kelmarin bagi mendesak kerajaan membenarka­n mereka diikat jamin.

Jurucakap mereka, Presiden Tamilal Kural Malaysia David Marshel berkata, mereka yang berusia 30-an hingga 60 tahun itu adalah antara 42 tahanan SOSMA di penjara tersebut.

“Lapan tahanan itu ditempatka­n di sel berasingan berikutan mempunyai pelbagai penyakit antaranya darah tinggi, kanser dan HIV/ AIDS. Selain mogok lapar mereka langsung tidak mahu mengambil ubat yang sepatutnya perlu diambil mengikut jadual ditetapkan.

“Saya telah bertemu dengan pihak penjara dan mereka maklumkan lapan tahanan itu enggan makan apa-apa termasuk ubat walaupun telah dipujuk dan keadaan mereka ketika ini lemah,” katanya yang ditemui pemberita semasa berhimpun secara aman bersama kira-kira 20 anggota keluarga lapan tahanan terbabit di hadapan pintu pelawat penjara berkenaan, di sini semalam.

Beliau juga berkata, lapan tahanan berkenaan akan meneruskan mogok lapar untuk menggesa kerajaan dan Peguam Negara melihat semula Akta SOSMA seperti yang dijanjikan oleh Pakatan Harapan dalam manifesto pilihan raya umum mereka.

“Kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini berjanji memansuhka­n akta itu namun selepas lebih 100 hari memerintah tiada sebarang keputusan dibuat dan ini membuatkan tahanan SOSMA dan keluarga mereka tidak berpuas hati.

“Mereka ( tahanan dan keluarga) mahu sekurangku­rangnya tahanan terutama mereka yang mempunyai penyakit diberikan jaminan supaya dapat menerima rawatan dan juga kes mereka didakwa di mahkamah serta mengikut prosedur undangunda­ng,” katanya.

Sementara itu, seorang anggota keluarga K. Kandasamy, 64, berkata, seorang daripada lapan tahanan terbabit adalah anak lelakinya yang berusia 39 tahun yang menghidap darah tinggi dan memerlukan rawatan.

“Dia ditahan Oktober tahun lalu ketika baharu kahwin empat bulan dan kini mempunyai bayi berusia enam bulan. Saya sangat berharap anak lelaki yang juga tonggak utama keluarga dibebaskan dengan ikat jamin dan jika betul dia salah bawa ke mahkamah dan hadapi perbicaraa­n dengan adil,” katanya.

Seorang lagi, M. Letchumi, 69, berkata, menantunya yang berusia 53 tahun ditahan menurut Akta SOSMA hampir setahun lalu dan dia kini terpaksa menanggung lima cucu berusia dua hingga 16 tahun termasuk seorang yang menghidap leukemia.

“Dia juga mempunyai penyakit iaitu darah tinggi dan asma...jadi kami tidak minta lebih dari kerajaan cukuplah dapat beri jaminan kepadanya supaya dapat menyara anakanak dia,” katanya.

Pada Ahad lalu, seramai 118 tahanan SOSMA Penjara Sungai Buloh berjaya dipujuk supaya menghentik­an mogok lapar yang mereka mulakan sejak jam 8 pagi Jumaat bagi mendesak kerajaan menghapusk­an akta berkenaan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERIMA RASUAH: Pegawai kanan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) berpangkat Leftenan Komander (tengah) ditahan reman tujuh hari bermula semalam hingga 3 September bagi membantu siasatan berkaitan rasuah dan pengubahan wang haram di Mahkamah Sesyen dekat Kemaman.
— Gambar Bernama TERIMA RASUAH: Pegawai kanan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) berpangkat Leftenan Komander (tengah) ditahan reman tujuh hari bermula semalam hingga 3 September bagi membantu siasatan berkaitan rasuah dan pengubahan wang haram di Mahkamah Sesyen dekat Kemaman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia