Utusan Borneo (Sarawak)

Jumlah kes HFMD setakat 25 Ogos lebih tinggi berbanding 2017

-

KUALA LUMPUR: Penyakit tangan, kaki dan mulut ( HFMD) mencatatka­n sebanyak 55,391 kes di seluruh negara sejak 1 Jan hingga 25 Ogos lepas berbanding jumlah keseluruha­n 24,398 kes pada 2017.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan semalam berkata jumlah kes itu menunjukka­n peningkata­n sebanyak 30,993 kes atau 127 peratus, iaitu kesemua negeri menunjukka­n pertambaha­n kes.

“Tiada kes kematian HFMD baharu. Kematian disebabkan HFMD dan jangkitan Enteroviru­s 71 (EV71) kekal dua kes, iaitu masing-masing satu di Sarawak dan satu di Pulau Pinang.

“Bagi jumlah kes mingguan untuk tempoh 19 hingga 25 Ogos lepas, sebanyak 2,235 kes dilaporkan dengan penguranga­n 1,591 kes ( 41.6 peratus) berbanding minggu sebelumnya (12 Ogos hingga 18 Ogos) iaitu 3,826. Kesemua negeri menunjukka­n penuru- nan kes antara 13.3 dan 65.5 peratus,” katanya.

Beliau berkata berikutan cuti sekolah dan Aidiladha telah berakhir, ibu bapa yang sudah mula bekerja dan menghantar anak-anak mereka ke sekolah hendaklah memastikan semua anggota keluarga khususnya kanakkanak kecil sentiasa dalam keadaan sihat serta mengamalka­n kebersihan diri yang betul.

“Sekiranya ibu bapa mendapati anak tidak sihat dan mempunyai gejala HFMD, segera bawa ke fasiliti kesihatan berhampira­n untuk pemeriksaa­n dan rawatan. Elakkan menghantar anak yang tidak sihat ke sekolah atau membawa ke tempattemp­at awam yang sesak,” katanya dalam kenyataan itu.

Dalam pada itu, Kementeria­n Kesihatan turut menggesa pengusaha dan penjaga kanak-kanak di taska, tadika dan prasekolah agar terus mengamalka­n langkah kawalan serta pencegahan jangkitan HFMD. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia