Utusan Borneo (Sarawak)

Kabinet dijangka muktamad kadar gaji dalam masa terdekat

-

SEPANG: Penetapan kadar gaji minimum baharu sektor swasta dijangka akan dimuktamad­kan dalam mesyuarat kabinet pada minggu ini atau minggu depan.

Menteri Sumber Manusia M. Kulasegara­n berkata kerajaan akan menetapkan kadar seragam bagi gaji permulaan sektor swasta di Semenanjun­g, Sabah dan Sarawak serta kertas cadangan tersebut telah dikemukaka­n kepada jemaah menteri.

Katanya Jawatankua­sa Teknikal Perundanga­n Gaji Negara telah menjalanka­n kajian dan rundingan dengan kesatuan pekerja, majikan, badan-badan bukan kerajaan dan sebagainya.

Beliau ditemui selepas menghadiri majlis pelepasan kontinjen negara ke Asean Skills Competitio­n (ASC) di Bangkok, Thailand 2018 di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur di sini semalam.

Sementara itu, katanya kontinjen Malaysia yang terdiri daripada 48 penuntut Institusi Latihan Kemahiran Awam dan Swasta serta Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta menyasar untuk membawa pulang lebih pingat emas dalam menerusi 24 bidang kemahiran yang disertai dalam kejohanan yang bermula pada 26 Ogos hingga 4 Sept depan tersebut. “Bidang dandanan rambut, masakan, welding (kimpalan) dan industri automasi adalah antara kekuatan pasukan Malaysia yang diharapkan boleh membawa pulang pingat emas pada kejohanan kali ini,” katanya.

ASC adalah pertanding­an kemahiran berprestij dwitahunan dan disertai belia berkemahir­an dari semua negara anggota ASEAN yang berusia 22 tahun ke bawah kecuali bidang mekatronik yang melibatkan penyertaan belia berusia 25 tahun ke bawah.

Pencapaian terbaik kontinjen Malaysia adalah pada ASC 2016 di Kuala Lumpur ketika dinobatkan sebagai johan keseluruha­n dengan memungut 22 pingat emas.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Pembanguna­n Kemahiran yang juga Chief de Mission Nidzam Kamarulzam­an berkata kontinjen Malaysia komited dalam mengatur strategi bagi memastikan pencapaian yang lebih cemerlang pada kejohanan kali ini.

“Kita menyasar membawa pulang lebih 10 pingat emas kerana negara tuan rumah ( Thailand) akan memberi tentangan hebat kepada pasukan Mlaaysia,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia