Utusan Borneo (Sarawak)

Peniaga, pengguna bersedia dengan SST

-

KUALA LUMPUR: Berbaki dua hari lagi sebelum pelaksanaa­n Cukai Jualan dan Perkhidmat­an ( SST) dikuatkuas­akan, peniaga dan pengusaha kedai sudah mula membuat persiapan.

Tinjauan di sekitar ibu kota mendapati peniaga masih belum membuat sebarang pertukaran harga pada barang jualan namun harga barangan yang bakal dikenakan cukai SST sudah ada dalam sistem komputer mereka.

Peniaga Rahim Othman, 43, berkata harga sistem cukai SST sudah dimasukkan dalam sistem komputer bagi memudahkan urusan apabila dikuatkuas­akan kelak.

Menurutnya, setiap barangan yang dijual akan diletakkan label SST pada harga dan dipamerkan untuk maklumat pengguna.

“Ini dapat memudahkan pengguna untuk mengetahui harga barangan selepas dikenakan cukai SST.

“Kami peniaga bersedia dengan pelaksanaa­n SST ini dan berharap dapat membawa pulangan baik kepada semua pihak,” katanya.

Ada antara peniaga yang ditemui memaklumka­n masih belum menerima notis daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia ( Kastam) berhubung pelaksanaa­n SST tetapi mereka sudah sedia maklum mengenai perkara itu.

Peniaga yang mahu dikenali sebagai Grace berkata walaupun tiada notis diterima tetapi pihaknya tetap mengambil langkah persediaan awal.

“Setakat ini tiada perubahan harga yang dipamerkan dan kita tunggu arahan sebelum pelaksanaa­n itu bermula,” katanya.

Sementara itu, rata- rata pengguna yang ditemui juga sudah bersedia menghadapi sebarang perubahan susulan pelaksanaa­n SST nanti.

Pekerja swasta Shazwan Husaini, 27, berkata rakyat harus menerimany­a namun perlu bersikap kritikal agar pelaksanaa­n SST ini boleh diperbaiki dari semasa ke semasa kerana pasti ada baik dan buruknya.

“Saya pasti akan ada barang yang naik harga selepas pelaksanaa­n ini tetapi kenaikan ini perlu dipantau kerana sesetengah peniaga pastinya akan menaikkan harga barang sesuka hati dengan alasan SST.

“Pemantauan perlu dilakukan dengan kerap agar mereka tidak menyalahgu­nakan sistem baru ini untuk mengaut keuntungan dan sekaligus membebanka­n rakyat.

“Daripada sudut positif saya merasakan bahawa SST mampu memberi keuntungan kepada ekonomi negara berbanding GST,” katanya.

Pekerja Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Azura Mat Yusof, 43, meletakkan harapan supaya pelaksanaa­n SST dapat memberi manfaat kepada rakyat terutamany­a dalam harga barangan keperluan harian.

“Sedia atau tidak dengan pelaksanaa­n cukai ini, kita sebagai rakyat harus menerimany­a tetapi sudah tentu kita mahukan harga barang yang lebih rendah berbanding harga sebelum ini,” kata ibu kepada enam orang anak itu.

Sharifah Aisyah Syed Ibrahim, 25, berkata pelaksanaa­n SST dijangka memberi kelebihan kepada pengguna kerana harga barangan akan turun susulan tiada cukai yang dikenakan di setiap peringkat seperti yang diamalkan dalam Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) sebelum ini.

“Jika cukai tinggi dan memberi banyak manfaat kepada rakyat, itu perkara baik namun jika berlaku sebaliknya tentu akan menimbulka­n kemarahan rakyat,” katanya yang bekerja dalam sektor swasta.

Berkuat kuasa 1 Sept ini cukai SST akan dilaksanak­an bagi menggantik­an cukai GST susulan Rang UndangUnda­ng (RUU) Cukai Jualan 2018 dan RUU Cukai Perkhidmat­an 2018 telah diluluskan Parlimen pada 20 Ogos lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia