Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan belum putuskan batal atau kekal baucar buku 1Malaysia, kata Teo

-

SHAH ALAM: Kerajaan belum memutuskan sama ada akan meneruskan atau tidak, pemberian Baucar Buku 1Malaysia kepada pelajar universiti dan praunivers­iti yang layak pada tahun hadapan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, kementeria­n masih belum berbincang mengenai status baucar itu yang telah diperkenal­kan kerajaan terdahulu.

“Kita (kementeria­n) belum buat apa- apa perbincang­an mengenai perkara ini, ia semua akan bergantung kepada bajet dan sebarang pengumuman berhubung baucar tersebut akan dibuat oleh Menteri Pendidikan (Dr Mazlee Malik) sendiri,” katanya kepada pemberita di sini selepas merasmikan Karnival Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM) di UiTM di sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Penyelidik­an dan Inovasi) Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof Ir Dr Abdul Rahman Omar.

Teo berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai status baucar tersebut susulan hasrat kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mahu mengurangk­an perbelanja­an negara termasuk mengurangk­an bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) seperti diumumkan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad baru-baru ini.

Baucar buku yang diperk- enalkan sejak 2012 itu diberikan kepada pelajar yang layak, di mana setiap pelajar menerima baucar bernilai RM200 sebelum bantuan itu dinaikkan kepada RM250 pada 2013.

Sementara itu, Teo dalam ucapannya pada majlis berkenaan menyeru semua pihak termasuk pemain industri pendidikan supaya menguasai bidang sains dan teknologi sebagai usaha menjayakan tranformas­i pendidikan negara. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? INGIN TAHU: Teo (dua kiri) bersama Ramlah (kiri) dan Ir Dr Abdul Rahman (kanan) melihat isi kandungan buku ‘STEM@UiTM di hatiku’ ketika merasmikan Karnival Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (Karnival STEM@UiTM) di Kompleks Kejurutera­an Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shahh UiTM Shah Alam, semalam.
— Gambar Bernama INGIN TAHU: Teo (dua kiri) bersama Ramlah (kiri) dan Ir Dr Abdul Rahman (kanan) melihat isi kandungan buku ‘STEM@UiTM di hatiku’ ketika merasmikan Karnival Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (Karnival STEM@UiTM) di Kompleks Kejurutera­an Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shahh UiTM Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia