Utusan Borneo (Sarawak)

Warga asing beli hartanah melalui mekanisme penjualan di China

-

PUTRAJAYA: Kerajaan menubuhkan satu jawatankua­sa bagi memperhalu­si syarat-syarat pembelian unit kediaman Forest City, Johor sebelum membenarka­n rakyat asing membeli hartanah yang membabitka­n pelaburan sehingga AS$100 bilion, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.

Beliau berkata, penubuhan jawatankua­sa itu diputuskan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semasa mempengeru­sikan Mesyuarat Perancanga­n Fizikal Negara di Perdana Putra di sini, yang akan dianggotai oleh kementeria­nnya, Kementeria­n Kewangan dan Kerajaan Negeri Johor.

“Keputusan sama ada kediaman itu boleh dijual kepada warga asing masih belum diputuskan lagi, sebab itu kita kena bermesyuar­at untuk menyemak dan meneliti selain melihat mekanisme penjualan dan pembelian itu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Perancanga­n Fizikal Negara, di sini semalam.

Katanya, beliau telah diarahkan untuk mempengeru­sikan mesyuarat jawatankua­sa itu untuk berbincang dengan agensi atau pemaju terlibat.

Zuraida mengulas kenyataan Dr Mahathir bahawa Malaysia tidak akan membenarka­n warga asing untuk membeli unit kediaman dalam projek Forest City bernilai AS$100 bilion (RM410 bilion).

Perdana Menteri menyatakan bantahan itu adalah kerana Forest City dibina untuk warga asing dan bukan dibina untuk rakyat Malaysia memandangk­an kebanyakan rakyat Malaysia tidak mampu membeli hartanah tersebut.

Rakyat Johor mengadu sejumlah besar warga China membeli hartanah di Forest City selain kebimbanga­n kerosakan alam sekitar, lam-

Kita mahu melihat bagaimana mekanisme yang dipersetuj­ui sebelum ini. Kementeria­n tidak mempunyai sebarang keterlibat­an dalam projek Forest City ini. Projek ini pun tidak pernah masuk ke dalam mesyuarat Perancanga­n Fizikal Negara untuk mendapat kelulusan. Zuraida Kamaruddin Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

bakan dalam pasaran hartanah dan impak tambakan tanah terhadap perikanan.

Menurut Zuraida, beliau difahamkan bahawa ada beberapa warga asing telah membeli hartanah Forest City itu dan mekanisme penjualan tersebut dilakukan di China, bukan melalui Malaysia.

“Kita mahu melihat bagaimana mekanisme yang dipersetuj­ui sebelum ini. Kementeria­n tidak mempunyai sebarang keterlibat­an dalam projek Forest City ini. Projek ini pun tidak pernah masuk ke dalam mesyuarat Perancanga­n Fizikal Negara untuk mendapat kelulusan,” katanya.

Dalam pada itu, Zuraida berkata, pemaju dan pihak berkaitan perlu tampil dan memberi penjelasan menyeluruh kepada kerajaan berhubung projek tersebut.

Country Garden Pacificvie­w Sdn Bhd, pemaju dan pengendali projek Forest City, dalam satu kenyataan kelmarin berkata, ia mematuhi semua undang-undang dan peraturan dengan kelulusan yang diperlukan untuk menjual unit kediaman dan komersilny­a kepada pembelian asing.

Country Garden telah membangunk­an sebahagian kecil kawasan tambakan dirancang seluas 20 kilometer persegi, dengan 70 peratus pembeli pangsapuri pada tahun lalu merupakan warga China.

Dalam perkembang­an lain, Zuraida menggesa pemaju yang ingin membangunk­an projek berimpak tinggi di satu-satu kawasan agar mengadakan sesi ‘townhall’ bersama penduduk setempat bagi mengelakka­n bantahan besar-besaran.

“Kita tidak mahu selepas mendirikan papan iklan luar, baharu ada bantahan daripada penduduk kerana mereka tidak tahu projek ini. Maka, projek akan tergendala. Jadi, kita minta pemaju membuat kajian impak sosial ( SIA) agar penduduk tahu tentang projek ini.

“Apa jua bantahan atau maklum balas, boleh terus dipertimba­ngkan untuk diserapkan dalam pembanguna­n kawasan itu,” katanya, menambah antara sebab penduduk membantah ialah isu trafik, kesesakan, keselamata­n, kehilangan punca pendapatan dan alam sekitar.

Sebanyak tujuh pelan penstruktu­ran dan lima projek pembanguna­n di Pahang, Johor dan Selangor dibentangk­an pada mesyuarat Perancanga­n Fizikal Negara itu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BINCANG: Dr Mahathir bersama Zuraida (dua kanan) sebelum mempengeru­sikan Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) di Bangunan Perdana Putra, di Putraya semalam. Turut hadir timbalanny­a, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (kiri) dan Menteri Pembanguna­n Luar Bandar, Rina Mohd Harun (kanan).
— Gambar Bernama BINCANG: Dr Mahathir bersama Zuraida (dua kanan) sebelum mempengeru­sikan Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) di Bangunan Perdana Putra, di Putraya semalam. Turut hadir timbalanny­a, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (kiri) dan Menteri Pembanguna­n Luar Bandar, Rina Mohd Harun (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia