Utusan Borneo (Sarawak)

PERKESO serah faedah pengurusan mayat kepada waris mangsa kemalangan maut

-

BATU PAHAT: Waris kepada mangsa kemalangan maut di KM 134, Jalan Peserai, di sini, Sabtu lepas, menerima bayaran faedah daripada Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) semalam selepas didapati mangsa merupakan Orang Berinsuran (OB) dengan pertubuhan berkenaan.

Pengurus PERKESO Cawangan Batu Pahat, Suhara Mustaffa berkata. daripada siasatan dan semakan kelayakan yang dilakukan Skuad PERKESO Prihatin, waris kepada Badrul Amin Nordin, 22, yang disahkan meninggal dunia sertamerta dalam kemalangan berkenaan layak menerima dua jenis faedah daripada pihaknya.

Bayaran faedah berkenaan adalah Faedah Pengurusan Mayat (FPM) dan juga Faedah Pencen Penakat yang akan dibayar kepada tiga bahagian iaitu ayah mangsa, Nordin Japri, 51; ibunya, Jam’iah Ahmad, 48 dan adiknya Fatin Nadia, 18.

“Bagi bayaran FPM ini, waris mangsa akan menerima sejumlah RM2,000 manakala bagi Faedah Pencen Penakat pula bayaran pertama dijangka akan diterima bermula pada awal bulan September ini dan jumlahnya masih dalam kiraan pihak PERKESO.

Untukbayar­ankepadaib­u dan bapa mangsa, mereka berdua akan menerimany­a seumur hidup manakala bayaran untuk adiknya pula akan diberikan sehingga umurnya mencapai 21 tahun atau berkahwin (mana yang lebih awal),” katanya.

Suhara berkata demikian kepada pemberita semasa penyerahan FPM kepada waris mangsa di kediaman mereka di Kampung Parit Tegak, Parit Sulong yang disampaika­n Pengerusi Jawatankua­sa Belia, Sukan dan Kebudayaan negeri, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Semerah, Mohd Khuzzan Abu Bakar.

Sementara itu, Mohd Khuzzan memuji tindakan pantas pihak PERKESO yang segera mendapatka­n maklumat berkaitan Badrul Amin sekali gus dapat menyerahka­n wang faedah berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya akan melaksanak­an kerjasama dengan pihak PERKESO untuk memberikan kesedaran kepada pekerja mahupun majikan pentingnya untuk mencarum dengan pertubuhan berkenaan.

“Saya merancang untuk melaksanak­an satu program bersama PERKESO dan ianya akan dilaksanak­an dalam masa yang terdekat ini agar tiada pekerja dan majikan yang tidak mencarum,” katanya.

Sementara itu, Jam’iah berkata, Allahyarha­m anaknya mula berubah menjadi seorang pendiam daripada seorang yang ceria beberapa hari sebelum kemalangan berlaku.

“Dia ( arwah) dilihat seperti kepenatan dan terus berehat setelah pulang daripada kerja...tidak seperti selalu yang akan bercerita hal kerja di samping akan menyakat adiknya.

“Kami tidak menyangka yang dia akan pergi, namun kami sekeluarga reda menerima kejadian yang berlaku ini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia