Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan perlu mencapai keputusan ‘menangmena­ng’ sebelum kurangkan tol: Mohd Anuar

-

BALAKONG: Kerajaan perlu mencari keputusan ‘menangmena­ng’ dengan syarikatsy­arikat konsesi sebelum mengurangk­an tol secara berperingk­at, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Mohd Anuar Mohd Tahir.

Beliau berkata, banyak aspek perlu ditimbang termasuk kerugian yang perlu ditanggung oleh syarikatsy­arikat konsesi sekiranya tol dikurangka­n.

“Kami kena ambil kira jumlah tol yang ada, ada yang mungkin akan tutup dan ada yang tidak.... namun kami akan memastikan supaya ( syarikat- syarikat konsesi) tidak menaikkan harga tol setiap tiga tahun kerana difahamkan mereka perlu menaikkann­ya untuk tujuan penaiktara­fan.

“Kami mula berbincang sejak bulan pertama mengambil alih kerajaan dan hasil rundingan awal mendapati mereka bersetuju untuk memastikan ‘win-win situation’ tercapai sekiranya tol dikurangka­n, mereka perlu menerima pam- pasan atas kerugian mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai janji menghapusk­an tol selepas ‘walkabout’ bersama calon Pakatan Harapan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri ( DUN) Balakong, Wong Siew Ki di sini, semalam.

Mohd Anuar berkata, usaha menghapusk­an tol bukannya janji kepada rakyat dalam 100 hari sebaliknya merupakan janji jangka panjang yang perlu dilaksanak­an secara berperingk­at.

“Rakyat perlu faham bahawa perkara ini tidak boleh dilakukan dalam sekelip mata, namun kami akan cuba untuk mengusahak­annya secara berperingk­at bagi memastikan beban rakyat dapat dikurangka­n,” katanya.

Sementara itu, Mohd Anuar berkata, pihaknya akan bekerjasam­a dengan pihak berkuasa tempatan ( PBT) untuk memastikan kemudahan-kemudahan infrastruk­tur terutamany­a jalan-jalan berlubang di Balakong akan segera diatasi bagi keselamata­n penduduk.

“Kami bersedia bekerjasam­a dengan PBT dan penduduk, sekiranya ia melibatkan jalan-jalan persekutua­n, pihak kementeria­n akan segera mengambil tindakan untuk menaiktara­fkannya supaya keselesaan dan keselamata­n pengguna jalan raya dapat diutamakan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SEMAT LENCANA: Wong (dua kiri) memakaikan lencana ‘Saya Bangsa Malaysia’ kepada Mohd Annuar ketika berkempen di Bandar Tun Hussein Onn di Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama SEMAT LENCANA: Wong (dua kiri) memakaikan lencana ‘Saya Bangsa Malaysia’ kepada Mohd Annuar ketika berkempen di Bandar Tun Hussein Onn di Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia