Utusan Borneo (Sarawak)

Spurs melonjak ke tangga teratas liga selepas tewaskan United 3-0 pada perlawanan di Old Trafford

-

MANCHESTER: Pengurus Manchester United (MU) Jose Mourinho menuntut penghormat­an selepas mengalami kekalahan terbesar dalam kariernya di stadium sendiri setelah Harry Kane dan dua jaringan Lucas Moura meletakkan Tottenham di tempat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kemenangan 3-0 di Old Trafford.

Kekalahan kedua berturut-turut memburukka­n lagi tekanan ke atas jurulatih Portugis itu kerana MU kini ketinggala­n enam mata di belakang Spurs, Liverpool dan Chelsea dan empat mata di belakang juara bertahan Manchester City selepas hanya tiga perlawanan sahaja sejak kempen baharu bermula.

Taruhan ke atas Mourinho kehilangan jawatannya sudah dikurangka­n sejak beberapa minggu lalu kerana selain keputusan buruk, dia juga telah berbalah dengan naib pengerusi eksekutif kelab Ed Woodward mengenai tiada pengambila­n pemain baharu.

Bagaimanap­un dia membidas pengkritik­nya dengan menyebut tentang rekodnya memenangi EPL sebanyak tiga kali dalam dua musim di Chelsea.

“Saya memenangi lebih banyak liga perdana bersendiri­an berbanding 19 pengurus lain bersama. Tiga untuk saya, dua untuk mereka. Hormat!” kata Mourinho dengan berang kepada pemberita ketika dia meninggalk­an sidang akhbar selepas perlawanan.

Mourinho berdiri di hadapan Stretford End, Old Trafford, pada hujung perlawanan untuk memberi tepukan kepada penyokong tuan rumah, yang tidak mengejek pasukannya selepas masa penuh walaupun tewas.

“Hari ini, saya mempunyai bukti bahawa hakim terbaik adalah penyokong,” kata Mourinho.

Mourinho dan penyokong menunjukka­n reaksi selepas masa 45 pertama yang dominan oleh pasukan tuan rumah sebelum Spurs menguasai perlawanan dengan dua gol dalam masa dua minit sejurus selepas waktu rehat.

Bagaimanap­un MU terpaksa merenung beberapa peluang yang gagal digunakan dengan baik oleh Romelu Lukaku, khususnya apabila pemain Belgium itu merembat bola yang tersasar walaupun gawang terbuka luas pada minit ke-15.

Tottenham malah tidak pernah menjaringk­an gol ketika mereka tewas dalam empat lawatan mereka sebelum itu ke Old Trafford di bawah Mauricio Pochettino.

Namun kata-kata bijaksana pengurus dari Argentina itu pada waktu rehat membawa perbezaan yang besar apabila Spurs keluar sebagai pasukan yang berlainan selepas waktu rehat.

David de Gea sudah menafikan Kane dan Dele Alli menyaksika­n satu cubaan ke arah gol ditepis keluar pada waktu Kane melompat paling tinggi untuk menanduk bola daripada tendangan sudut Kieran Trippier ke dalam gawang.

Hugo Lloris mengekalka­n tempatnya dalam gawang Spurs dan dikekalkan sebagai kapten pasukan walaupun ditangkap atas kesalahan memandu dalam keadaan mabuk pada awal pagi Jumaat lepas.

Kepercayaa­n Pochettino kepada kaptennya dibalas oleh Lloris apabila dia sekali lagi menafikan Lukaku dengan cemerlang untuk memastikan Spurs terus berada di hadapan.

Seminit kemudian, mere- ka menggandak­an kelebihan mereka apabila bola hantaran lintang Christian Eriksen dirembat masuk oleh Lucas.

“Ia adalah kemenangan yang amat besar bagi kami dan saya sangat bangga dengan prestasi pasukan,” kata Pochettino.

“Ia adalah sukar untuk menewaskan Manchester United di Old Trafford. Mereka bermain dengan lebih baik pada separuh masa pertama tetapi kami mendominas­i selepas itu.”

Mourinho menceroboh padang untuk memberi galakan kepada anak buahnya. Tetapi kerosakan sudah pun berlaku dan keputusan muktamad hampir jauh lebih memalukan bagi pasukan tuan rumah.

Lindelof, yang dimasukkan untuk menggantik­an Jones yang cedera, terlepas daripada keaiban apabila De Gea menafikan Alli selepas pemain Sweden itu cuba melakukan hantaran ke belakang yang pendek sebelum Kane menanduk bola yang keluar ketika tidak d i k a w a l dalam satu lagi tendangan sudut.

Walau bagaima n a p u n Lucas mem-

 ??  ?? GOL PEMBUKAAN:
GOL PEMBUKAAN:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia