Utusan Borneo (Sarawak)

Pertikaian Salah, Persatuan Bola Sepak Mesir meruncing

-

KAHERAH: Pertikaian di antara bintang Mesir Mohamed Salah dengan badan bola sepak negaranya meruncing kelmarin, sekali gus menyelubun­gi pembabitan­nya bersama pasukan kebangsaan dengan bayang- bayang baharu.

Salah, 26, dan Persatuan Bola Sepak Mesir pernah berbalah pada masa lalu kerana perselisih­an mengenai hak imej.

Sekarang konflik meletus semula setelah penyerang itu dan peguamnya menuduh persatuan itu gagal untuk menangani senarai permintaan berhubung r a w a t a n p e m a i n tersebut.

P e g - u a m S a l a h , Ramy Ab- bas Issa, berkata permintaan melibatkan “kesejahter­aan pemain ketika bersama pasukan kebangsaan, dan jamin bahawa pencabulan hak imej tidak akan berlaku lagi”.

Persekutua­n bola sepak terbabit mematahkan hujah i tu dengan marah kelmarin bahawa ia tidak akan menerima p e r - mintaan i t u ,

menyelar beberapa permintaan sebagai “tidak l o j i k ” d a n menegaskan ia tidak akan “bersikap berat sebelah terhadap mana- mana pemain”. Salah membalas dengan dua video dalam Facebook, dengan menegaskan dia meminta kawalan keselamata­n yang lebih baik untuk seluruh skuad di hotel pasukan. Dia berkata dia tidak mahu diganggu d a l a m bilikny a o l e h pelawat yang mahu b e r b u a l pada tengah malam seperti apa yang pernah berlaku sebelum ini. “P e r k a r a ini berlaku kepada saya. Saya yang terjejas disebabkan oleh perkara ini,” katanya.

“Permintaan ini sangat remeh tetapi memudahkan lagi keadaan, ia membuat pemain fokus kepada perlawanan.”

Pertikaman lidah baharu di antara kedua- dua pihak berlaku menjelang perlawanan kelayakan Mesir menentang Niger untuk Piala Negara Afrika pada 8 September. Perselisih­an di antara Sabah, wira negara, dengan Persatuan Bola Sepak

Mesir mula terbong- kar pada April lalu berhubung hak imej pemain itu.

Salah marah kerana imejnya digunakan oleh penaja utama pasukan kebangsaan, syarikat telekom WE, sedangkan dia sudah mengikat kontrak dengan syarikat saingan, Vodafone.

Pertikaian itu akhirnya diselesaik­an ekoran campur tangan ketua- ketua politik.

Pemain itu juga dilaporkan tidak gembira selepas dia dipaksa tampil bersama pemerintah kuku besi Chechen, Ramzan Kadyrov, di padang latihan Mesir dalam wilayah untuk Piala Dunia di Rusia pada musim panas ini.

Kadyrov dituduh mematahkan pemberonta­kan dengan mengambil tindakan yang kejam ke atas penentangn­ya.

Mesir tersingkir dari Piala Dunia selepas mereka tewas dalam tiga perlawanan, dan Salah bergelut untuk bermain pada tahap terbaik selepas mengalami kecederaan bahu ketika dia bermain untuk kelabnya Liverpool dalam perlawanan akhir Liga Juara- Juara. — AFP

 ??  ?? SALAH
SALAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia