Utusan Borneo (Sarawak)

Cristiano Jr berlatih bersama skuad bawah sembilan tahun Juventus

-

MILAN: Anak sulung bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, sudah mula berlatih bersama pasukan bawah sembilan tahun di akademi remaja Juventus, menurut laporan media di Itali.

Ronaldo, pemenang lima kali Ball d’Or yang berusia 33 tahun, menandatan­gani kontrak bersama Juventus, juara Itali, pada musim panas ini dari Real Mdrid dengan harga 100 juta euro (RM470 juta).

Anak sulungnya Cristiano Jr – yang lahir pada Jun 2010 – digambar ketika berlatih kelmarin bersama skuad Juve Pulcini 2010 yang khusus untuk pemain bawah sembilan tahun di padang Vinovo, Juventus.

Kekasih Ronaldo, Georgina Rodriguez, turut berada di padang latihan.

Pemain senior Juventus yang lain mempunyai anakanak dalam akademi pasukan termasuk anak Andrea Barzagli, Mattia, dan Davide, anak seorang lagi bekas pemain antarabang­sa Itali, Claudio Marchisio.

Ronaldo memberitah­u pada minggu lepas bahawa Cristiano Jr – anak sulung di antara empat orang anaknya – juga merupakan seorang pemain bola sepak yang memberangs­angkan.

“Dia sangat kompetitif. Dia seperti saya ketika kanakkanak. Dia tidak suka kalah,” kata penyerang itu dalam satu temu ramah bersama badan penyiaran striming DAZN.

“Dia akan menjadi seperti saya, saya 100 peratus pasti mengenainy­a. Saya mahu mengajarny­a tentang beberapa perkara, tetapi pada akhirnya dia akan memilih apa yang dia hendak buat dan dia akan sentiasa menerima sokongan saya.

“Tetapi sudah tentulah saya mahu dia menjadi seorang pemain kerana saya rasa dia juga begitu ghairah mengenainy­a.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia