Utusan Borneo (Sarawak)

Weydandt ledak gol 75 saat pada penampilan sulung dalam Bundesliga

-

BERLIN: Jerman mungkin mempunyai kisah Jamie Vardy tersendiri selepas penyerang Hanover 96, Hendrik Weydandt, yang bermain bola sepak amatur hanya empat tahun lalu, menjaringk­an gol 75 saat selepas dia membuat penampilan sulungnya dalam Bundesliga.

Vardy, 31, beralih daripada bermain bola sepak amatur kepada pemenang Liga Perdana Inggeris bersama Leicester City pada musim 2015-16 sebelum dia dipanggil untuk bermain mewakili England.

Weydandt sedang melalui jalan yang sama dalam Bun- desliga.

Pemain berusia 23 tahun itu, yang bermain dalam divisyen ketujuh di Jerman empat tahun lalu, melakukan jaringan sejurus selepas dia tampil buat julung kalinya dalam liga Jerman sebagai pemain gantian pada Sabtu lepas dalam keputusan seri 1-1 Hanover di Werder Bremen.

Dia diambil daripada pasukan simpanan Hanover pada awal musim selepas dia menyertain­ya secara percuma setelah menjaringk­an 15 gol, dengan enam bantua, pada musim lepas untuk pasukan divisyen keempat, FC Ger- mania Egestorf.

Dia bakal mengikat kontrak bersama pasukan utama berdasarka­n presatasi yang dipamerkan­nya sejak seminggu lalu, sesuatu yang wujud dalam impian.

Penyerang berbadan tegap setinggi 1.95 meter itu menjaringk­a tiga gol daripada tiga rembatan dalam bola sepak profesiona­l selepas turut menjaringk­an dua gol dalam masa lapan minit dalam kemenangan 6-0 dalam Piala Jerma pada hujung minggu sebelum itu di Karlsruher.

Dia enggan bercakap kepada pemberita selepas men- jadi pemain terbaik dalam penampilan sulungnya di Bremen, tetapi “gol-gol itu bercakap dengan sendirinya”, kata jurulatih Hanover, Andre Breitenrei­ter.

“Sudah tentulah, cerita ‘Henne’ adalah satu kisah ajaib, tetapi kita tidak harus lupa bahawa dia telah berusaha gigih untuk semua itu dan memang berhak sejak dia menyertai kami.

“Dia mungkin juga fikir dia perlu mencubit diri, kerana segalanya yang sedang berlaku sekarang, tetapi dia sangat rendah hati.”

Pada 2014, Weydandt ber- main dalam liga kota amatur di Hanover – divisyen ketujuh di Jerman sebelum dia menyertai Egestorf.

Selepas meyakinkan Breitenrei­ter dalam pasukan simpanan Hanover, Weydandt merampas peluangnya untuk bermain dalam pasukan utama.

“Saya cuma mahu melihat sama ada dia dapat menunjukka­n kepada saya kualitinya menjaringk­an gol,” kata Breitenrei­ter.

Sekarag kontrak sepenuh masa sedang dipertimba­ngkan.

“Ia gila,” kata pengarah su- kan Hanover, Horst Heldt.

“Dia berada di sini sepanjang pramusim, sentiasa mendengar dengan baik, berusaha gigih dan menjaringk­an gol.

“Dia masih muda, tetapi mempunyai semua kemahiran yang diperlukan oleh seorang penyerang tengah – dia cepat, dia tinggi dan memiliki tandukan yang kuat.”

Horst berkata penyerang itu begitu gelisah sekali dalam bilik persalinan sebelum sepak mula.

Bagaimanap­un Weydandt tidak menunjukka­n sebarang tanda gelisah apabila dia di- masukkan 15 minit sebelum tamat.

Dia melakukan larian dengan sempurna untuk menyambut bola tinggi ke atas pertahanan dan dengan tenang menolak tendangann­ya di bawah penjaga gol Bremen, Jiri Pavlenka, seakan-akan dia bermain dengan kerap di hadapan 42,000 penonton.

Senyuman dan ketenangan­nya meraikan jaringan membayangk­an dia terkejut untuk melihat bola mencecah jaring – “Saya menjangkak­an lebih daripada cara dia meraikan jaringan,” kata Heldt. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia