Utusan Borneo (Sarawak)

64 pemanah sertai Kejohanan Memanah Terbuka MSNS Sibu Edisi Ke-2

-

SIBU: Seramai 64 pemanah yang merangkumi tujuh dari Sabah, empat dari Melaka dan selebihnya dari Kapit, Mukah, Miri, Bintulu dan Sibu telah menyertai Kejohanan Memanah Terbuka MSNS Sibu Edisi Ke-2 yang berakhir di Pusat Memanah Sibu ( SAC) di sini, barubaru ini.

Kejohanan berkenaan adalah anjuran bersama MSNS dan SAC bagi mencungkil bakat baharu serta memperting­katkan kualiti pemanah dalam acara sukan tersebut.

Ia menyaksika­n tiga kategori dipertandi­ngkan iaitu kategori lelaki dan perempuan bawah 12 tahun (U12), U15 dan U18 yang menawarkan hadiah RM10,000 keseluruha­nnya.

Bagi lelaki U12, ia diungguli pemanah dari Miri apabila Joey Tan dan Nathan Tang masing-masing muncul juara dan naib juara manakala pemanah tuan rumah Wenny Lai sekadar berpuas hati di tempat ketiga.

Dua peserta dari Kapit mengunggul­i kategori perempuan U12 iaitu Fiona Leng dan Sabrina Chin yang masing- masing juara dan naib juara sementara peserta dari Sabah Faith Fedora di temat ketiga.

Kategori lelaki U15 diungguli Alvin Tan dari Miri diikuti Desmond Ho (Sibu) dan tempat ketiga Cecil Nathaneal (Miri) manakala kategori perempuan pula diungguli peserta Sabah iaitu Kaitlyn Semam, Slayna Jacquelein­e dan Clarabelle Shiu. Liew Yu Vui dari Miri telah dinobatkan juara kategori lelaki U18 selepas menewaskan Azri Azhar Abdul Hamid dari Bintulu untuk menduduki tempat kedua dan Jacky Sung (Sibu) di tempat ketiga.

 ??  ?? TERBAIK: Para pemenang merakam kenangan selepas berakhirny­a Kejohanan Memanah Terbuka MSNS Sibu Edisi Ke-2, baru-baru ini.
TERBAIK: Para pemenang merakam kenangan selepas berakhirny­a Kejohanan Memanah Terbuka MSNS Sibu Edisi Ke-2, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia