Utusan Borneo (Sarawak)

Dua gol Rigoni bantu Atalanta ikat skuad bimbingan Di Francesco 3-3 pada aksi Serie A Itali

-

MILAN: Javier Pastore menjaringk­an gol pertamanya untuk AS Roma tetapi masih menerima kritikan daripada jurulatih yang berang, Eusebio Di Francesco, kelmarin selepas dua jaringan Emiliano Rigoni membantu Atalanta untuk meninggalk­an ibu negara dengan berkongsi mata setelah seri 3- 3 dalam Serie A.

Roma bermula garang dan Pastore, bekas pemain PSG, menjaringk­an gol dua minit selepas dia memulakan perlawanan pertamanya di Stadio Olimpico dengan kuisan ke belakang yang menakjubka­n selepas menerima bola hantaran lintang yang tepat daripada Cengiz Under.

Namun Atalanta – yang membuat beberapa perubahan sebelum perlawanan playoff mereka yang penting dalam Liga Europa pada minggu ini – ternyata berbahaya, dan mengambil kesempatan ke atas pertahanan Roma yang selekeh untuk mendahului 3- 1 pada waktu rehat.

Pemain pertahanan Belgium, Timothy Castagne, menolak masuk gol penyamaan selepas 19 minit dan dalam masa tiga minit, Rigoni dari Argentina menjaringk­an gol pertamanya dengan gol kedua pada minit ke-38.

“Javier Pastore? Dia menjaringk­an gol yang sangat bagus tetapi dia juga lesap selepas gol itu, dia tidak dapat membantu rakan sepasukan,” kata Di Francesco.

“Dia bermain jauh lebih baik pada hujung perlawa- nan. Jika dapat, saya pasti sudah menukar tujuh atau lapan pemain.

“Kami sebenarnya terlalu teruk tetapi kami berjaya mengembali­kannya ke landasan.

“Kami bermain dengan lebih baik di separuh masa kedua tetapi kami tidak bertahan dengan baik pada hujung perlawanan, dan sebab itulah saya sangat marah,” ujar Di Francesco, yang terpaksa membebat pergelanga­n tangannya dengan pembalut selepas dia menumbuk dinding bangku jurulatih kerana begitu marah.

“Saya mahukan keseimbang­an dalam masa 10 minit terakhir, tetapi kami kelihatan seperti amtur di luar sana dengan 11 pemain yang menyerang melawan 11 pemain yang bertahan. Itu bukan cara untuk bermain.”

Di Francesco merombak pasukannya pada waktu rehat dan pemenang Piala Dunia Steven Nzonzi dimasukkan untuk penampilan sulungnya selepas dia tiba dari Sevilla, bersama Justin Kluivert.

Alessandro Florenzi mengurangk­an jurang dengan satu gol pada minit ke-60 sebelum dia terpaksa dikeluakan kerana cedera dan Patrik Schick dimasukkan ke dalam barisan serangan untuk menggantik­an tempatnya.

Namun ia adalah pemain pertahanan Greece, Kostas Manolas, yang menyamakan kedudukan untuk pasukan tuan rumah tujuh minit sebelum tamat, dengan menolak masuk tendangan percuma Pastore.

“Ia ternyata lebih susah dalam Serie A berbanding Ligue 1, dua perlawanan pertama begitu mencabar sekali,” kata Pastore dari Argentina.

“Saya rasa selepas gol kami, kami menhadi terlalu santai sikit dan membiarkan mereka mendapatka­n bola.

“Kami keluar untuk babak kedua dengan lebih serius dan berjaya mengembali­kannya ke landasan. Malah kami sebenarnya dapat memenangin­ya.”

Roma, yang menduduki tempat ketiga pada musim lepas, mengutip empat mata daripada dua perlawanan dan berdepan dengan tugasan yang sukar Jumaat ini di AC Milan, yang terkial-kial selepas mensia-siakan kelebihan dua gol untuk tumpas 3-2 kepada Napoli.

“Ini meninggalk­an kami dengan rasa yang sangat pahit dalam mulut, kami nyaris menang,” kata jurulatih Atalanta, Gian Piero Gasperini, yang turut menyaksika­n pasukannya mengutip empat mata selepas memenangi perlawanan pembukaan mereka.

Kemenangan 2-0 oleh juara bertahan Juventus ke atas Lazio dan kebangkita­n Napoli ketika menentang AC Milan bermakna kedua-dua kelab telah memulakan kempen mereka dengan enam mata maksimum. — AFP

 ??  ?? DI FRANCESCO
DI FRANCESCO
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia