Utusan Borneo (Sarawak)

PPMB FT tumpaskan Permata Kota FC pada aksi sulung Liga Betong 2018

-

BETONG: PPMB FT berjaya mengutip tiga mata setelah menewaskan Permata Kota FC 2-0 dalam aksi sulung kedua-dua pasukan pada Kejohanan Liga Betong 2018 yang berlangsun­g di Kompleks Sukan Betong, petang kelmarin.

Separuh masa pertama, kedua-dua pasukan masingmasi­ng mencari keserasian dan mempamerka­n rentak longlai dengan beberapa aksi serangan dilakukan namun penyudah yang tumpul menyaksika­n tiada jaringan gol terhasil sehingga babak pertama berakhir.

Bersambung aksi babak kedua, PPMB FT yang dikemudi Radzuan Abdul Rahman mula menemui rentak dengan beberapa serangan awal dilakukan.

Pada minit ke-48, pemain sayap bertubuh kecil, Mohamad Saffuandy berjaya mencuri tumpuan apabila menjaringk­an gol hasil sepakan lambung ke gawang gol setelah penjaga gol lawan berada dalam posisi terbuka dan jauh dari pintu gol.

Tersentak dengan gol tersebut, Permata Kota FC melakukan asakan balas namun kekebalan barisan pertahanan lawan menidakkan serangan mereka untuk mencari gol.

PPMB FT menambah jaringan gol menerusi Raymond Brain Rawing yang menerima hantaran bola dari tengah padang terus menerpa dan menggelece­k pertahanan lawan masuk ke kawasan petak penalti dan berjaya menggegark­an jaring pada minit ke-59.

Meskipun serangan balas dilakukan oleh pihak lawan untuk berusaha merapatkan jurang tetapi tiada jaringan gol dapat dilakukan sehingga wisel penamat.

PPMB FT yang diundi dalam kumpulan A bersama Bersepai FC dan PBH 45 berada di kedudukan kedua kumpulan setelah masing- masing mengharung­i satu perlawanan di bawah Bersepai FC.

Perlawanan seterusnya bagi aksi kumpulan A ialah Permata Kota FC akan melayan PBH 45 pada 2 September, manakala Bersepai FC menanti PPMB FT pada 5 September.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia