Utusan Borneo (Sarawak)

Chopra raih emas lontar lembing pertama India

-

JAKARTA: Neeraj Chopra memenangi pingat emas lontar lembing pertama India dalam Sukan Asia kelmarin selepas dia dimaklumka­n baru- baru ini tentang kematian bekas jurulatihn­ya.

Anak seorang petani dari sebuah perkampung­an di luar Delhi, atlet pilihan berusia 20 tahun itu tidak pernah dicabar dengan serius di Jakarta apabila dia menang dengan rekod di India 88.05 meter untuk menyusuli kejuaraan Komanwel yang dia menangi di Australia pada awal tahun ini.

“Ia tidak mudah,” kata Chopra kepada pemberita. “Saya mahu memecah rekod Sukan Asia tetapi ia masih rekod kebangsaan.

“Saya masih dapat melontar lebih jauh lagi,” ujar atlet yang mengintai Sukan Olimpik itu, dan pernah berjinak-jinak dengan sukan kriket ketika kanak-kanak.

“Tetapi segalanya mesti serasi untuk lontaran yang berjaya. Ia hanya berlaku apabila teknik dan kelajuan adalah sempurna – seperti pada cubaan ketiga saya.”

Chopra memberitah­u tentang kesedihann­ya selepas mendengar pada minggu lepas bahawa bekas jurulatihn­ya dari Australia, Gary Calvert, yang membimbing­nya untuk memenangi kejuaraan remaja dunia pada 2016, sudah meninggal dunia.

“Dia memberitah­u saya, kami akan berjumpa di sini di Sukan Asia,” kata Chopra, yang kini berlatih di bawah bekas pemegang rekod dunia, Uwe Hohn.

“Saya berada di Finland ketika saya mendengar bahawa dia sudah meninggal dunia. Ia amat mengejutka­n saya.”

Pingat emasnya merupakan pingat lontar lembing ketiga India di Sukan Asia dan pertama sejak pingat gangsa Gurtej Singh pada 1982. Ia juga adalah pingat emas kelapan India di Sukan Asia 2018.

Chopra, yang menjadi seperti simbol seks di India kerana wajahnya yang kebudak-budakan dan senyuman yang ceria, memanaskan badan dengan lontaran 83.46 sebelum dia melakukan cubaan terbaik 88.05 pada cubaan ketiga untuk menamatkan cabaran. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia