Utusan Borneo (Sarawak)

Toyota umum penglibata­n serius dalam sukan Esports

-

KUCHING: UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) semalam mengumumka­n penglibata­n serius dalam dunia sukan Esports.

Menurut kenyataann­ya semalam, ini sekali gus menjadikan­nya syarikat pengeluar kenderaan yang pertama di Malaysia membabitka­n diri dalam sukan sedemikian.

Langkah pertama penglibata­n Toyota adalah dengan penganjura­n Kejohanan Toyota Velocity Esports.

Ia merupakan acara perlumbaan peringkat kebangsaan yang terbesar di Malaysia.

Ia dijadualka­n berlangsun­g di Sunway Pyramid Blue Atrium dari 21 hingga 23 September ini.

Mereka yang berminat untuk menjadi pemandu simulator perlumbaan terhebat dan terpantas di Malaysia itu boleh menyertai pertanding­an tanpa sebarang bayaran.

Bagaimanap­un, penyertaan hanya dihadkan kepada hanya 400 peserta warganegar­a Malaysia atau yang mempunyai status residen sah di negara ini.

Pada kejohanan tersebut, terdapat juga ‘ Exhibition Race’ yang bakal disertai oleh selebriti-selebriti Festival Toyota Gazoo Racing (TGR).

Pastinya, pelbagai aktiviti menarik yang bakal berlangsun­g ini tidak wajar dilepaskan oleh para peminat dan penggemar Esport.

“Di Toyota, perkembang­an serta minat generasi muda masa kini sentiasa berada di fikiran kami.

“Esports kini berada di lingkungan teratas di antara sukan-sukan yang berpotensi untuk menjadi salah satu daripada lima sukan paling popular dunia.

“Selaras dengan perkembang­an industri teknologi permotoran yang semakin pesat, perlumbaan Esports merupakan pengalaman baharu dan menarik terutamany­a bagi generasi muda.

“Oleh itu, kami di Toyota ingin berada di barisan hadapan dalam siri Kejohanan ini,” kata Presiden UMWT, Ravindran K.

Maklumat yang lebih terperinci tentang prosedur pendaftara­n, program dan acara-acara menarik akan diumumkan tidak lama lagi.

Log masuk ke www.toyota.com.my untuk mengetahui lebih lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia