Utusan Borneo (Sarawak)

Safari Rakit Padawan 2018 kembali pada 30 September ini

-

KUCHING: Safari Rakit Padawan 2018 yang disifatkan oleh Majlis Perbandara­n Padawan (MPP) sebagai satu acara ikonik kembali lagi pada 30 September ini.

Pengerusi MPP Lo Khere Chiang berkata, ia merupakan acara yang sangat menarik dan ikonik untuk MPP kerana peserta dapat melihat landskap indah di hulu Sungai Sarawak.

“Bagi mereka yang tidak pernah mengambil bahagian dalam acara ini sebelum ini, sila sertai pada tahun ini untuk menikmati landskap yang indah,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi MPP Datuk Ahmad Ibrahim dan pengerusi penganjur Kaunselor Ahkim Sarok.

Acara tahunan itu akan bermula di tiga kampung, Kampung Annah Rais untuk kategori pakar yang meliputi jarak sejauh 40 kilometer, di Kampung Temurang untuk kategori lelaki terbuka meliputi jarak sejauh 26 km, dan Kampung Danu untuk kategori wanita, agensi kerajaan dan hotel serta agensi pelanconga­n meliputi jarak sejauh 22 km.

Sementara garisan penamat bagi semua kategori adalah di Kampung Git.

Lo dijangka melepaskan peserta di Kampung Annah Rais, Menteri Muda Pengangkut­an Datuk Dr Jerip Susil di Kampung Temurang, dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian di Kampung Danu.

Sementara majlis penutupan dijangka disempurna­kan Menteri Pelanconga­n, Kes- enian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menurut Lo yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, kirakira 5,000 peserta tempatan dan luar negara menyertai acara itu setiap tahun.

“Saya bangga untuk menyatakan acara ini diadakan dengan jayanya setiap tahun dan saya menggalakk­an pelancong dari hotel untuk mengambil bahagian,” kata Lo.

Beliau berkata, acara itu dapat membantu memasarkan produk pelanconga­n dalam kawasan Padawan, dan pada waktu yang sama menggalakk­an gaya hidup sihat menerusi sukan.

Ia juga untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan generasi muda tentang kepent- ingan memelihara alam semula jadi dan menarik lebih ramai pelancong dari seberang laut selari dengan aspirasi kerajaan negeri.

Peserta diminta membawa rakit dan dayung mereka sendiri atau membeli atau menyewa peralatan tersebut daripada pembuat rakit tempatan Wilson Ho di talian 016-8681216.

Tarikh tutup acara adalah 26 September jam 11 pagi.

Maklumat lanjut boleh diperolehi daripada sekretaria­t menerusi talian 082-615566 sambungan 304 atau 0138258762 untuk Kho Ai Mei.

 ??  ?? TIBA LAGI: Lo (tengah) bersama Ahmad (lima kiri) dan Ahkim (lima kanan) dan ahli jawatankua­sa lain mempamerka­n sepanduk untuk mempromosi­kan acara berkenaan.
TIBA LAGI: Lo (tengah) bersama Ahmad (lima kiri) dan Ahkim (lima kanan) dan ahli jawatankua­sa lain mempamerka­n sepanduk untuk mempromosi­kan acara berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia