Utusan Borneo (Sarawak)

Waris keluarga besar Karim Yusuf bertemu buat kali pertama

- Oleh Borhaniza Ali Basah

BOLEHKAH sesuatu perayaan itu berlangsun­g meriah tanpa kehadiran ahli keluarga dan sanak saudara terdekat? Sudah tentu tidak, kerana kehadiran ahli keluarga adalah penyeri apabila tiba musim perayaan.

Tanpa kehadiran mereka, hari yang indah pasti akan berlalu pergi dan kesunyianl­ah menjadi tetamu yang datang bertandang.

Oleh itu, Islam amat menggalakk­an umatnya mengukuhka­n ikatan kekeluarga­an yang merupakan tunggak kekuatan ummah dan asas keharmonia­n manusia sejagat.

Bagi memastikan sesuatu perayaan itu lebih bermakna dan menjadi kenangan terindah, salah satu caranya ialah dengan menganjurk­an majlis pertemuan keluarga yang bertujuan menghimpun­kan generasi awal dan akhir di bawah satu bumbung.

Justeru, kehadiran Hari Raya Aidiladha baru-baru ini dimanfaatk­an oleh beberapa keluarga untuk menganjurk­an majlis pertemuan termasukla­h keluarga besar Karim Yusuf.

Program pertemuan ahli keluarga yang dinamakan ‘Karim’s Clan Gathering’ itu adalah pertama kali diadakan dan telah menghimpun­kan seramai 90 orang daripada lapan keluarga.

Jurucakap program Norhalimah Mohd Hamni memberitah­u, ahli keluarga yang hadir adalah terdiri daripada ibu bapa, anak, menantu, cucu, cicit dan piut.

Untuk pertemuan pertama kali ini, beliau berkata ia diadakan di Dewan Kelab Melayu Kampung Nyabor (MUC), Jalan Kampung Bandong di Sibu.

“Antara tujuan utama kita adalah untuk mengeratka­n tali persaudara­an yang belum diketahui sebelum ini. Pada masa sama, kita berharap ia dapat merapatkan lagi silaturahi­m keturunan Karim,” ujarnya.

Norhalimah menambah, kejayaan menghimpun­kan lima generasi waris Karim itu dibantu oleh aplikasi pesanan ringkas iaitu WhatApps.

“Dengan bantuan aplikasi WhatApps, majlis ini dapat dijayakan. Tetapi, saya menganggar­kan seramai 250 waris Karim dapat dikumpulka­n, jika kesemuanya hadir,” katanya.

Menceritak­an sedikit sebanyak kisah Karim, beliau berkata, Karim yang sudah meninggal dunia merupakan seorang pedagang dan perantau yang berasal dari Nyabor.

Ketika hayatnya, Karim bertemu jodoh dengan Salbiah Gai yang berasal dari Kampung Nyabor, Sibu.

“Hasil perkongsia­n hidup, Karim dan Salbiah dikurniaka­n 10 cahaya mata, di mana dua meninggal dunia semasa kecil dan yang tinggal hanya lima anak lelaki dan tiga anak perempuan.

“Mohd Hamni, Ayang, Maimunah, Wasli, Adenan, Boini dan Soufi telah meninggal dunia. Satu-satunya anak Karim yang masih hidup ialah Norkiah yang kini berusia 80 tahun,” katanya.

Norhalimah bercadang untuk mengadakan perjumpaan waris Karim setiap tahun.

Sementara itu, persiapan majlis berkenaan telah dilakukan secara bergotong-royong oleh waris Karim dengan membawa ‘pot luck’ masing-masing dan beberapa keperluan lain.

Majlis diisi dengan acara seperti sesi suai kenal kesemua generasi Karim, bacaan tahlil dan kesyukuran, jamuan makan dan sesi bergambar untuk kenangan.

 ??  ??
 ??  ?? KARIM
KARIM
 ??  ?? UNTUK ALBUM: Sebahagian daripada ahli keluarga keturunan Karim yang hadir pada perjumpaan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, baru-baru ini.
UNTUK ALBUM: Sebahagian daripada ahli keluarga keturunan Karim yang hadir pada perjumpaan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, baru-baru ini.
 ??  ?? GENERASI PERTAMA: Norkiah satu-satunya cahaya mata Karim dan Salbiah yang masih hidup hingga ke hari ini.
GENERASI PERTAMA: Norkiah satu-satunya cahaya mata Karim dan Salbiah yang masih hidup hingga ke hari ini.
 ??  ?? ERAT SILATURAHI­M: Waris Karim berjumpa buat pertama kali di Dewan MUC.
ERAT SILATURAHI­M: Waris Karim berjumpa buat pertama kali di Dewan MUC.
 ??  ?? SUAI KENAL: Generasi Karim beramah mesra dan bertanya khabar.
SUAI KENAL: Generasi Karim beramah mesra dan bertanya khabar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia