Utusan Borneo (Sarawak)

Rumah Warisan ilhamkan patriotism­e Laksamana

-

KATA orang jika rumah di pinggir sawah di Abi Kampung Tengah itu mampu berkata-kata, ia pasti menceritak­an segala peristiwa bersejarah yang berlaku di sekeliling­nya sejak lebih 61 tahun lalu.

Antaranya detik penduduk kampung itu berkongsi semangat rakyat seluruh tanah air menuntut kemerdekaa­n sehingga negara bebas daripada belenggu penjajah pada 31 Ogos 1957.

Pewaris rumah berkenaan, Laksamana Saad, 41, berkata rumah itu dibina datuknya Allahyarha­m Mahamood Ismail ketika penyatuan semangat menuntut kemerdekaa­n oleh rakyat sedang bergelora.

Rumah itu kini tidak lagi berpenghun­i selepas Saad Mahamood, 81, yang merupakan generasi kedua yang tinggal di rumah berkenaan berpindah ke rumah Laksamana.

Laksamana yang ditemui Bernama berkata beliau tidak membiarkan rumah itu begitu sahaja dan mengisi kekosongan itu dengan menjadikan­nya sebuah muzium mini bagi menyimpan barangan warisan keluarga.

Sedikit demi sedikit barangan lama dikumpulka­n sehingga mampu memikat pelawat menziarahi rumah papan itu.

Beliau menggunaka­n wang gajinya sebagai seorang guru di Sekolah Kebangsaan Batu Bertangkop untuk menyenggar­a rumah berkenaan dan menambah koleksi muzium mini itu.

Antara koleksi itu termasukla­h gantang Perlis yang diperbuat daripada kayu yang dianggarka­n berusia 200 tahun, telefon lama, peti suara, majalah lama dan sebuah bilik khas koleksi barangan Seniwati Sarimah.

Ini sebagai penghargaa­nnya terhadap Sarimah malah seniwati tersohor itu yang merasmikan muzium mini yang kini dikenali sebagai Rumah Warisan Laksamana pada 4 November 2012.

Andainya berkunjung ke rumah warisan ini sudah pasti anda akan mendengar alunan lagu-lagu lama daripada sebuah radio di beranda rumah dan di bahagian bawah rumah tersimpan juga koleksi barangan lama seperti peti sejuk, skuter lama dan peralatan pertanian.

Di sisi bangunan rumah terdapat sebuah jelapang padi yang suatu ketika dahulu berperanan dalam kegiatan persawahan tradisiona­l yang mana sekitar tahun 50-an hingga akhir 70-an jelapang padi dimiliki para pesawah tempatan bagi stor penyimpana­n padi.

Laksamana yang juga anggota Persatuan Penulis Perlis (3P) berkata bahawa beliau amat sayangkan barangan dengan nilai sejarah bukan sahaja sebagai sejarah peribadi atau keluarga tetapi sejarah peradaban bangsa.

“Mencintai barangan warisan adalah mencintai sejarah. Menghayati sejarah akan menghulurk­an semangat patriotism­e. Semangat patriotism­e akan melahirkan keikhlasan mencintai negara,” katanya.

Mengenai tema hari kebangsaan tahun ini, Laksamana berkata segalanya telah terzahir dalam kegiatanny­a dan amat menyayangi negara ini.

Beliau berharap orang ramai turut membantuny­a menambah koleksi rumah warisan itu untuk tatapan generasi kini dan akan datang. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERGUNA: Jelapang padi yang suatu ketika dahulu berperanan dalam kegiatan persawahan tradisiona­l yang mana sekitar tahun 50-an hingga akhir 70-an jelapang padi dimiliki para pesawah tempatan bagi stor penyimpana­n padi.
— Gambar Bernama BERGUNA: Jelapang padi yang suatu ketika dahulu berperanan dalam kegiatan persawahan tradisiona­l yang mana sekitar tahun 50-an hingga akhir 70-an jelapang padi dimiliki para pesawah tempatan bagi stor penyimpana­n padi.
 ?? — Gambar Bernama ?? KOLEKSI BERHARGA: Laksamana mengayakan penggunaan telefon lama yang menjadi sebahagian daripada koleksi peribadiny­a.
— Gambar Bernama KOLEKSI BERHARGA: Laksamana mengayakan penggunaan telefon lama yang menjadi sebahagian daripada koleksi peribadiny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia