Utusan Borneo (Sarawak)

Selepas filem cari peluang dan ruang di Hollywood

-

ORANG Asia dalam filem baharu ‘Searching’ tidak kaya mahupun gila, tetapi filem aksi kontempora­ri itu dalam beberapa segi boleh dilihat sebagai perintis seperti komedi romantik besar tersebut yang kini mencipta rekod tersendiri di Hollywood.

‘Searching’, yang dibuka di pawagam Amerika Syarikat seminggu selepas penampilan sulung ‘Crazy Rich Asians’, adalah cerita tentang usaha seorang bapa untuk menjejaki anak perempuann­ya yang berkelakua­n baik selepas anaknya itu hilang.

Bukan sahaja filem bebas itu dibintangi pelakon Korea-Amerika, John Cho, dan sebuah keluarga Asia-Amerika, tetapi seluruh filem itu diceritaka­n menerusi laman sesawang, media sosial, telefon pintar dan skrin komputer apabila Cho cuba mendalami kehidupan peribadi anaknya untuk mendapatka­n petunjuk kepada kehilangan­nya.

“Ini adalah sebuah filem aksi yang sangat klasik dan diceritaka­n dengan cara yang amat tidak konvension­al. Setiap babak diceritaka­n dari perspektif alat teknologi yang kita gunakan setiap hari untuk berkomunik­asi,” kata pengarah kali pertama, Aneesh Chaganty, 27, seorang bekas pembuat iklan untuk Google berbanggsa IndiaAmeri­ka.

“Dari segi sejarah, tidak ada filem yang pernah membuat ini dengan cara yang kami cuba lakukan. Kami cuba membuat kanvas yang sangat sinematik daripada skrin yang kita gunakan dalam poket kita setiap hari,” kata Chaganty.

“Saya rasa filem itu kebanyakan­nya adalah mengenai aspek teknologi yang negatif sama seperti aspek yang positif.”

Sementara ‘Crazy Rich Asians’, mengenai kehidupan keluarga kaya di Singapura, dialualuka­n sebagai filem pertama dari sebuah studio di Hollywood dalam tempoh 25 tahun dengan barisan semua pelakon yang berasal dari Asia, ‘Searching’ pula menarik kerana memaparkan sebuah keluarga AsiaAmerik­a tanpa sebarang sebab khusus.

“Ia secara khusus bukan bersifat Asia-Amerika. Ia secara harfiah boleh jadi sesiapa sahaja daripada sebarang keyakinan,” kata Debra Messing, yang berlakon sebagai seorang penyiasat polis dan merupakan satusatuny­a watak kulit putih utama dalam filem itu.

Berlakon ke dalam skrin kosong ternyata satu cabaran yang besar dan Chaganty berkata walaupun ia mengambil masa selama 13 hari untuk membuat penggambar­an, filem itu memakan masa selama 18 bulan untuk disunting. “Terdapat keanehan tertentu apabila kita sekadar berlakon dalam gambaran yang amat dekat bagi sepanjang filem. Orang tidak ada di dalam bilik,” kata Cho. “Grafik tidak ada di sana. Tidak ada peluang untuk berjalan, mengekspre­si diri dengan badan kita. Jadi ia menakjubka­n bagi saya kerana ia berjalan dengan begitu baik sekali.” — Reuters

 ?? — Gambar AFP ?? WATAK UTAMA: John Cho (kanan) dan Debra Messing semasa menghadiri tayangan filem ‘Searching’ yang diadakan di ArcLight Hollywood di Hollywood, California pada 20 Ogos lepas. SARA SOHN
— Gambar AFP WATAK UTAMA: John Cho (kanan) dan Debra Messing semasa menghadiri tayangan filem ‘Searching’ yang diadakan di ArcLight Hollywood di Hollywood, California pada 20 Ogos lepas. SARA SOHN
 ??  ??
 ??  ?? MICHELLE LA
MICHELLE LA
 ??  ?? JOSEPH LEE
JOSEPH LEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia